|

Resepi Sambal Sumbat (Ikan Cencaru)

Tidak tahu untuk masak lauk apa lagi di rumah? Resepi ini sangat sesuai untuk anda. Sesuai untuk dihidangkan untuk makan tengahari dan malam.

Resepi sambal sumbat ini pastinya akan membuat anda terliur. Resepi ini menggunakan ikan cencaru tetapi jika anda mahu menggunakan ikan lain juga tiada masalah.

Resepi yang memikat selera ini telah dikongsikan oleh Ciksu Said di laman sosial Facebook miliknya. Mari kita cuba resepi ini!

Resepi Sambal Sumbat

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 10 biji bawang merah besar
  • 7-8 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 batang serai
  • Segengam cili kering (direbus)
  • 2 sudu serbuk pasti sedap

Bahan B (sambal):

  • 15-20 biji cili api
  • 5 biji bawang merah dibakar
  • 5 ulas bawang putih dibakar
  • Garam, gula dan cuka secukup rasa
  • Air asam jawa sedikit

Bahan C:

  • 2 biji tomato di potong dadu halus-halus
  • 1 biji bawang holand di potong dadu

Cara – cara penyediaannya:

  1. Masukkan bahan A dan sedikit air ke dalam blender. Kemudian blender kesemua bahan A.
  2. Kemudian, tumis bahan A yang sudah diblender dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Blender kesemua bahan B.
  4. Campurkan bahan A yang sudah siap ditumis dangan bahan B dan gaul sebati.
  5. Gaulkan bahan C dan sebatikan semua bahan A, B dan C ke dalam satu bekas.
  6. Sediakan ikan untuk disumbat sambalnya. Pastikan ikan dibelah belakang bagi menyedapkan lagi rasa apabila dibakar.
  7. Siap dan sedia dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *