Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Gula Hangus (Gerenti Memikat)

Puding Gula Hangus, semua orang menyukainya. Teksturnya lembut lagi lagi bila dimakan pada waktu sejuk. Nyaman dan menyelerakan! Rasanya juga amat lazat, bayangkan gabungan lemak manis daripada puding dan karamel. Confirm teringat – ingat!

Kali ini kami bawakan resepi puding gula hangus khas buat anda semua. Ianya tidak sukar untuk disediakan, jadi anda bolehlah menyediakannya untuk pencuci mulut hari ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Muhammad Hanafi Khairuddin dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Puding Gula Hangus

puding-gula-hangus
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 6 biji telur ayam gred A
  • Satu tin susu cair (samada carnation atau ideal)
  • Secubit garam
  • Dua titik esen vanilla
  • Gula 3/4 cawan
  • Gula untuk dijadikan gula hangus

Langkah – langkah memasak:

  • Panaskan air dalam kukusan.
  • Pecahkan telur, pukul telur dalam satu arah sahaja.
  • Masukkan susu cair sedikit demi sedikit.
  • Sambil kacau, masukkan garam dan kacau lagi.
  • Masukkan gula, kacau sehingga gula hancur.
  • Masukkan esen vanilla dan kacau.
  • Ambil periuk dan panaskan atas dapur.
  • Letakkan gula untuk.buat gula hangus sehingga perang kemerahan.
  • Ambil periuk itu dan letakkan ke dalam kukusan, tuang adunan.
  • Tutupkan periuk itu dan tudung kukusan.
  • Masukkan dalam 30minit.

Resepi – resepi yang boleh dicuba:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!