pencuci mulut paling senang dan sedap….
RESEPI SAGO GULA MELAKA
Bahan Puding Sago:
1 cawan sagu putih
sedikit perwarna merah (kalau dah guna sagu merah dah tak perlu letak perwarna)
(nak letak sedikit perisa ros pun boleh)
1 cawan air – untuk rendam sagu
3 cawan air – untuk masak sagu
(kalau sagu korang degil nak kembang – tambah je sikit air lagi)
Cara Membuatnya:
– Masukkan sagu kedalam mangkuk. tuang 1 cawan air. biarkan sagu mengembang.
– Didihkan 3 cawan air. tuang sedikit perwarna merah. kacau.
– kemudian masukkan sagu. gaul perlahan-lahan sehingga sago mengembang.
– angkat dan sejukkan
Bahan Kuah Gula Melaka
1 blok gula melaka – hancurkan / potong kecil2
1 cawan air
daun pandan di simpul
Cara Membuatnya:
– Satukan kesemua bahan.
– masak sehingga gula larut. angkat dan tapis
Bahan lain:
Sumi Jelly atau nata D’coco (suka hati nak letak apa pon) cendol pon boleh hihihi 🙂
susu cair
Cara Penyediaan Sago gula melaka:
– Sediakan bekas yang sesuai.
– Tuang secukupnya gula melaka.
– Masukkan sago. letak sumi.
– Dan akhir sekali tuang susu cair.
– sesuai di makan sejuk-sejuk.
tips: tadi ada kwn kata bilas sagonya utk buang lendir2 nak bagi sago cantik bebiji-biji. uols try la
kredit resepi kepada Nina Mahdar via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)