Talam Labu Lemak Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kebetulan arini masak sayur lemak labu, jadi saya asingkan sedikit utk buat kuih talam labu yg sedap ni tanpa perlu di kukus. Cara buatnya mudah je, mcm buat puding je. Pada peminat kuih2 lembut mcm ni, bolehlah cuba…mmng sedap sngt. Terasa lemak manis labunya. Jom semak resepinya.

Bahan-bahan ( loyang 8×8 )
LAPISAN BAWAH :-
300 gm labu yang telah di rebus-toskan dan lecek halus
100 gm tepung Hoen Kwee – putih
1 1/4 cawan santan sederhana pekat (saya guna 100ml santan KARA + air selebihnya)
3/4 cawan gula pasir
1/2 sk garam
1/2 sk pewarna kuning-tak letak pun takpe

LAPISAN ATAS ( DADIH ) :-
60 gm tepung Hoen Kwee- putih
2 cawan santan pekat (akak guna 200ml KARA + air)
1/4 sk garam atau secukup rasa

Cara-cara
Satukan bahan2 lapisan bawah kecuali labu,kacau rata dan masakkan sebentar. Bila dah agak pekat sikit,masukkan labu, kacau rata dan masak di atas api sederhana hingga pekat.(dlm 10 minit)
Tuang ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak dan ratakan.Ketepikan.
Satukan pula bahan2 dadih atau lapisan atas dan masak hingga adunan pekat dan meletup2 dan matikan api.(masak dlm 5 minit). Masa memasak, sentiasalah di kacau guna whisk ya.
Tuang segera adunan dadih di atas lapisan bawah dan ratakan.
Biarkan kuih benar2 sejuk dan boleh dipotong ikut selera.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *