Resepi Puding Keju (Resepi Dessert)

Oleh:

Selalunya, kita akan dapat melihat puding karamel ataupun kek keju sahaja. Bagaimana pula rasanya jika dua hidangan ini digabungkan?

Kali ini kami bawakan resepi puding keju yang menggabungkan puding karamel bersama kek keju ala Jepun yang pastinya merupakan Dynamic Duo! Rasanya lebih lazat lagi – lagi jika dimakan sejuk.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Norzaqiah Rahman di laman Facebook beliau dan mendapat banyak likes! Gerenti Lazat!

Resepi Puding Keju

puding-keju
image via Facebook

Bahan – bahan:

Puding:

Untuk size 5.5″ bulat

Karamel:

  • 15g gula kastor (dituang kedalam loyang dan dicairkan di atas api kecil)

Puding:

  • ½ tin susu cair
  • 30g gula halus
  • 2biji kuning telur gredA
  • 1biji telur gredA
  • ½ st esen vanilla star brand

Kek Keju Ala Jepun

Bahan A:

  • 6 biji putih telur
  • 140 gm gula castor
  • 1 sudu kecil lemon

Bahan B:

  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm butter @ minyak masak
  • 100 ml susu segar
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60 gm tepung kek
  • 20 gm tepung jagung

Cara – cara memasak:

Puding:

  1. Satukan kesemua bahan dan kacau sebati secara perlahan.
  2. Tuangkan kedalam loyang yang terdapat karamel tadi dengan bertapis.

Kek:

Bahan A:

  1. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi hingga berbuih, kemudian baru masukkan gula dan jus lemon.
  2. Pukul sehingga jadi meringue, iaitu hingga bertanduk atau kalau diterbalikkan bekas, bahan tidak akan jatuh.

Bahan B:

  1. Cairkan cream cheese, butter dan susu secara double boiler. Kemudian, Satukan semua bahan dan kacau sebati.
  2. Campurkan Bahan A kepada B dan gaul dengan kaedah kaup balik.
  3. Bakarkan dalam ketuhar secara steam bath, iaitu masukkan air dalam dulang pembakar dan letakkan acuan kek dalam air. Kalau takut air masuk, balutkan acuan tin dgn kertas aluminium.
  4. Bakar 1 jam suhu 160 C.

Gabungkan kek bersama dengan puding untuk dijadikan puding keju. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Leave your vote

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Nur Dini Abd Aziz
Suka berkongsikan resepi terkini yang menarik untuk dicuba.

Tinggalkan komen di sini

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.