FUUHHHH..TEKAK TENGAH HAUS…..SKALI SEKALA PEKENA MINUMAN MACAM NI SEDAP JUGAK!!!
PAKAT-PAKAT SHARE…..
Minuman Ice Blended Mocha
Bahan-bahannya:
2 cawan susu segar
2 sudu besar serbuk kopi segera – saya gunakan Nescafe
2 sudu besar serbuk koko / Milo
5-6 ketul ais
1 sudu besar gula
Cara-caranya:
Masukkan kesemua bahan ke dlm blender dan kisar hingga ais hancur.
Tuang ke dlm gelas dan hiaskan dengan taburan serbuk koko.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Iced Coffee with Chocolate Ice-Cream
Bahan-Bahannya:
6 ketul ais kecil
2 scoop aiskrim coklat
1 cawan susu segar
1 sudu kecil serbuk kopi-dibancuk dgn sedikit air
1 sudu kecil gula
Taburan choc rice
Cara-caranya:
Kisar ais,aiskrim dan susu hingga ais hancur.
Tuangkan ke dlm gelas dan campurkan bancuhan serbuk kopi dan gula.
Kacau dan taburkan choc rice.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minuman Carrot Susu
Bahan-Bahannya:
1 kg lobak merah
1 cawan air sejuk
3 sudu susu pekat manis
Cara-caranya:
Masukkan kesemua lobak ke dalam juicer dan kisar hingga jusnya keluar.Tambahkan air sedikit demi sedikit semasa proses mengisar.
Tuang ke dalam jag dan tambahkan susu.
Perasakan manisnya dan tambah ais jika suka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minuman Nenas dan Oren
Bahan-bahannya :
Separuh buah nenas, dikupas dan dibersihkan, dipotong kiub
2 biji buah oren
1 cawan air yang disejukkan di dlm peti sejuk
Sedikit hirisan nenas dan oren utk hiasan
Cara-caranya:
Kisar nenas dan oren ke dlm juicer, sambil masukkan air sedikit demi sedikit.
Tuang ke dalam gelas , hiaskan dengan hirisan nenas dan oren kemudian boleh terus dihidangkan. Tidak perlu dicampur gula.