Alhamdulillah hari pertama puasa sahur air coklat kurma untuk tenaga. Untuk BF mommy pun boleh banykkan susu. Anak pun suka tau! Sapa yang tak suka minum susu boleh cuba resepi ni:
Bahan:
-kurma 7 biji
– susu coklat 1 gelas setengah
– madu 1 sudu
– air masak (pada sapa yang tak suka manis)
Caranya:
-kopek kurma dan keluarkan bijinya. Cek gak kan kotlah ada telur lipas ke. Korang nak guna kurma apa pun ikut suka. Macam saya suka yusof taiyob (baca sambil berbisik)? kemudian basuh dengan air panas.
– masukkan semua bahan tadi dalam blender dan blend
– tapis dulu serdak kurma sebelum nak minum.tapi kalau suka makan dengan kulit2 kurma tu no hal.
-siap! Boleh terus minum. Tapi kalau nak simpan dalam peti ais boleh jugak. Anak nak minum nanti campurkan air panas sikit je. Sedap giler
Boleh cuba berbuka nanti untuk mak2. Jangan cuba sekarang pulak ?
Good luck!
Kredit resepi kepada Rebecca Melessa via #MAHN