Resepi Asian Dolce Latte (Ala Starbuck)

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat kita mulai mengemari kopi arabica. Kopi arabica adalah biji kopi premium yang berasal dari Brazil dan Enthopia. Ia dibawa kenegara-negara Barat oleh penjajah. Lalu kopi ini mulai dinikmati oleh masyarakat mereka. Dari situ lahirlah kopi yang bergelar latte,cappuccino ataupun macchiato.

Antara jenama cafe kopi yang popular iaah Starbuck, yang mempunyai cawangan seluruh dunia. Namun Asian Dolce ini ialah salah satu latte versi Asian,sebab itulah ia dinamakan Asian Dolce kerana ia menggunakan susu manis dan ditambah bersama susu full cream atau fresh milk. Kali ini Madam akan kongsikan resepi dan cara membuat Asian Dolce Latte ini, berikut ialah bahan-bahannya.

Resepi Asian Dolce Latte (Ala Starbuck)
Bahan-bahan

  • 1 gelas kecil kopi espresso 
  • 150 ml susu full cream 
  • 2 sudu besar susu manis
  • Ice secukupnya 
  • Gelas tinggi yang bersesuaian

Kaedah

  • Mula-mula masukkan susu manis didalam gelas tinggi pilihan anda.
  • Kemudian tambahkan ais keparas yang anda inginkan.
  • Masukkan pula susu pilihan anda
  • Akhir sekali tambahkan kopi espresso.
  • Siap, jangan lupa kacau sebati sebelum minum.

Selain dari espresso yang menggunakan mesin kopi seperi Arissto atau Dolce Gusto anda juga boleh menggunakan kopi nescafe gold. Ia menghasilkan rasa yang hampir sama seperti espresso. Anda juga boleh mengisar air batu bersama susu dan jadikan ia frappacino, terpulang pada selera anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *