Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mocha Macchiato (Macam Di Cafe)

Macchiato adalah dari bahasa Itali, ia membawa kepada makna ā€˜stainā€™ atau ā€˜markedā€™ dalam Bahasa Inggeris. Jika dalam Bahasa Melayu, ia membawa pada maksud menanda atau mengotorkan. Ini kerana macchiato diperbuat daripada susu yang dipukul hingga berbusa 2 kali ganda. Kemudian espresso (kopi pekat) akan dituang diatas susu tersebut. Itu yang membawa kepada makna ā€˜markedā€™ atau ā€˜stainā€™.

Oleh sebab Madam adalah peminat kopi Itali, Madam sendiri mendapatkan sebuah mesin pembuat kopi dirumah. Ini supaya Madam dapat membuat latte, cappucino dan juga macchiato sendiri dirumah.Berbaloi?Memang berbaloi!

Oleh itu, hari ini Madam akan kongsikan satu resepi macchiato. Iaitu Mocha Macchiato. Gabungan koko dan kopi bersama buih susu yang panas.

Resepi Mocha Macchiato

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar sos coklat.
  • 200ml susu fresh milk
  • Espresso 1 cup kecil atau 1 sudu teh nescafe gold dibancuh dgn suku
  • gelas air panas.

Kaedah

  • Tambahkan sos coklat kedalam gelas. Yang terbaik gelas tinggi yang mempunyai pemegang. Kerana minuman ini ialah minuman panas.
  • Froth susu guna milk frother hingga susu berbusa 2 kali ganda. Tuang dalam gelas berisi sos coklat tadi. Jangan kacau.
  • Kemudian masukkan espresso perlahan-lahan. Serta merta lapisan akan terbentuk.
Milk frother via google image
Mocha Macchiato, Ini Madam guna kapsul dari jenama Arissto




Dengan teknologi sekarang, espresso atau kopi tulen dari Itali yang boleh dimiliki sendiri dirumah. Ini adalah disebabkan kebanjiran mesin kopi yang semakin murah mampu dimiliki oleh golongan pertengahan. Kini sesiapa sahaja boleh mengadakan espesso dirumah. Bayangkan macchiato seperti di Starbuck mampu kita sediakan sendiri. Selain dari resepi ini,anda juga boleh mencuba resepi lain dari koleksi kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!