Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Masalodeh

Dah setel masak untuk tengah hari jom kita pikir menu untuk minum petang ni pulak.

Masalodeh rangup di luar gebus di dalam.

Bahan-bahan

1/2 kilo kacang parpu/dal
1 biji bawang besar
4 tangkai cili kering
1 tangkai daun kari
1 sudu kecik jintan manis
1 biji telor
Garam
Segengam tepung gandum ( takmau letak pon takpa hakak letak sebab nak pastikan tak relai bila goreng)

Cara- caranya.

1. Rendam kacang parpu semalaman atau 5-6 jam, toskan kemudian blender tanpa air. Jangan sampai hancur taw.

2. Potong bawang, cili dan daun kari masukkan ke dalam adunan kacang tadi.

3. Masukkan telur, jintan manis dan garam. Gaul sebati.

4. Bentuk bulat-bulat dengan tapak tangan pastu tekan sikit. Size ikut suka hampa taw.

5. Guna api kecik ja sebab takmau kueh ni masak mengejut.

Selamat mencuba ?

#tasktbh2
#menuminumpetang
#masalodeh

Kredit resepi ini kepada norhiyatul naim Othman via masak apa hari ni

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!