Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tomyam Udang Sedap Lazat Confirm Mengundang Selera

author name

Resepi kali ini merupakan salah satu masakan paling popular terutama dikalangan peminat masakan Thailand yang terdapat banyak dijual dinegara kita ini.

Perkongsian kali ini akan menunjukkan kepada anda cara untuk menyediakan tomyam udang yang biasanya dijual direstoran dan gerai-gerai sahaja. Rahsia keenakan masakan Thailand ini terletak pada bahan-bahan yang digunakan, antaranya ialah lengkuas dan daun ketumbar. Berikut adalah senarai bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini

Bahan-bahan 

  • Udang saiz besar 
  • Akar daun ketumbar
  • Lengkuas 
  • Cili api
  • Bawang besar (belah 4)
  • Serai ketuk
  • Pes tomyam
  • Cendawan tiram
  • Air secukupnya 
  • Bersihkan udang dan ketepikan
  • Tumbuk akar daun ketumbar, cili api dan lengkuas
  • Masukkan kedalam periuk yang berisi air
  • Tambah pes tomyam
  • Buka api dan biarkan mengelegak
  • Tambah udang dan cendawan
  • Rasa, jika kurang masin atau masam tambah lagi pes tomyam.
  • Biarkan semua bahan sebati dan tutup api.
  • Siap!

Masakan tomyam menggunakan pes ini sebenarnya amat mudah untuk disediakan namun begitu pes tomyam yang digunakan haruslah jenama yang bagus dan biasanya diimport terus dari Thailand. Jika menggunakan pes atau kiub tomyam tempatan biasanya kurang enak, bagaimanapun semuanya terletak pada citarasa anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *