Resepi Suhun Goreng Tomyam Lain Macam Mengancam

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang berperisa tomyam yang sangat digemari oleh orang kita. Tomyam merupakan sejenis masakan yang berasal dari negara Thailand. Lazimnya ia diperbuat dari pes cili Thailand, daun ketumbar,lengkuas tetapi kini ia lebih mudah disediakan menggunakan pes segera tomyam. 

Dalam resepi kali ini kita akan kongsikan resepi suhun goreng tomyam yang bukan sahaja mudah tetapi juga amat sedap. Walaupun suhun jarang digunakan tetapi sebenarnya ia amat sedap berbanding buhun, cuma cara membuatnya perlu lah betul dan berikut adalah bahan bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 pek suhun saiz kecil
  • Bawang putih (ketuk pecah)
  • 1 sudu pes tomyam
  • 1 biji bawang besar saiz kecil (belah 4)
  • *Rencah hirisan ayam/sotong/udang/fish ball
  • Daun ketumbar/daun limau purut

Kaedah

  • Rendam suhun dengan air paip dan gunting pendek-pendek apabila telah kembang, toskan.
  • Kemudian gaulkan suhun dengan pes tomyam, ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan masukkan rencah pilihan anda
  • Kemudian masukkan bawang besar yang telah dibelah 4
  • Masukkan suhun dan goreng sehingga ia menjadi jernih.
  • Keluarkan dan hias dengan hirisan daun ketumbar dan cili api merah.
  • Siap!

Selain dari menggunakan pes tomyam anda juga boleh menggunakan kiub tomyam,  caranya ialah dengan memecahkan kiub sebelum digaul bersama suhun. Tetapi awas pada penggunaan garam kerana kiub dan pes biasanya telah mempunyai kandungan garam yang tinggi, jadi guna hanya secubit garam agar tidak terlalu masin. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *