Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Masakan Tomyam Di Gerai Tomyam Masak Dirumah Pasti Berbaloi

Tomyam merupakan sejenis masakan yang berasal daripada Thailand dan ianya banyak dihidang di gerai-gerai masakan Thailand. Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan ini yang menjadi trademark tomyam ialah serai, daun limau purut,daun ketumbar,lengkuas dan sos ikan. Mempunyai bahan-bahan ini di rumah membolehkan anda menyediakan masakan yang telah kami kumpulkan dalam koleksi ini.

Tomyam adalah sejenis masakan versatile kerana ia boleh diubah suai mengikut citarasa anda. Dalam koleksi kali ini kita kumpul 10 hidangan yang menggunakan resepi tomyam dan juga hidangan sampingan yang menggunakan bahan masakan tomyam atau yang boleh dihidang bersama masakan ini. Berikut adalah 10 resipi yang anda boleh cuba sendiri untuk hidangan keluarga anda yang setanding masakan restoran. Jom kita lihat!

1) Resepi Tomyam Campur Santan

Resepi ini merupakan masakan tomyam yang dicampurkan dengan santan. Ialah sejenis masakan mengenyangkan dan juga sangat sedap kerana campuran pelbagai jenis lauk di dalamnya. Masakan mulai popular baru-baru ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 4 cawan air biasa
  • 4-5 hiris lengkuas
  • 1-2 batang serai
  • 4 sudu pes Tom yam 
  • 5 biji cili padi
  • Daun ketumbar – skali dengan akarnya
  • Udang XL
  • Dada ayam dipotong
  • Fish cake
  • 1/2 cawan santan
  • Cendawan
  • 3 sudu sos ikan
  • 3 helai daun limau purut (dipotong dua atau dikoyak)

Kaedah

  • Isi air biasa kedalam periuk. 
  • Masukkan sekali akar daun ketumbar. 
  • Biarkan air mendidih.
  • Bila air dah mendidih dan bau ketumbar mulai wangi, masukkan daun limau purut, serai dan lengkuas. 
  • Biarkan seketika.
  • Selepas mendidih masukkan daun ketumbar yg dihiris serta pes tomyam dalam 3 sudu. 
  • Kacau lagi, kemudian masukkan ayam, fishcake dan udang
  • Masukkan santan, gaul sebati dan masukkan cendawan.
  • Biar masak seketika sebelum dihudang dengan hirisan daunketumbar.
  • Siap!

2) Resepi  Telur Dadar ala Gerai Tomyam

Resepi ini adalah sejenis resepi telur dadar sangat sinonim dengan tomyam kerana tanpanya hidangan tomyam tidak lengkap. Bagaimanapun cara menyedianya tidak sama seperti mana telur dadar dengan biasa kita makan di rumah,berikut adalah cara-cara dan bahan yang digunakan dalam masakan ini.

Bahan-bahan

  • 2 – 4 biji telur
  • 2 – 4 camca sos ikan
  • 1/2 sudu besar tepung beras
  • Minyak menggoreng

Kaedah

  • Pukul telur bersama sos ikan dan tepung beras.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Teknik menggoreng telur dadar Thailand ini akan menggunakan minyak penuh.
  • Dengan api sederhana, setelah minyak panas, tuangkan campuran telur yang sudah dipukul daripada aras yang tinggi.
  • Biarkan ia garing sebentar sebelum menterbalikkan telur untuk menggaringkan bahagian yang sebelah lagi.
  • Ketika sudah menterbalikkan, naikkan suhu api dan biar ia garing. Pastikan tidak hangus.
  • Angkat dan toskan di atas tisu dapur agar lebihan minyak dapat diserap.

3) Resepi Spaghetti Tomyam

Masakan seterusnya ini merupakan sejenis masakan yang telah diolah menggunakan pes tomyam dan bahan-bahannya namun begitu ia dengan mudah menambat selera ramai terutama yang mereka di negara kita ini.Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan yang boleh anda dapati di kawasan di pasar berdekatan.

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 10 ekor udang segar
  • 3 sudu besar pes tom yam
  • 1 kiub pati ayam
  • air – lebih kurang 2 cawan
  • Serai, daun limau purut dan daun ketumbar (hiris semua bahan ini)
  • Buah tomato potong dadu
  • Cili api merah (hiris)
  • Spaghetti (yang telah direbus dan ditoskan)

Kaedah

  • Rebus spaghetti bersama minyak dan sedikit garam.
  • Asingkan sebentar.
  • Dalam kuali tumis bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau.
  • Tambah cili api merah jika anda suka pedas
  • Masukkan udang dan pati ayam yang telah dipecah-pecahkan.
  • Tambah pes tomyam dan gaul rata.
  • Masukkan daun limau purut dan serai.
  • Kacau lagu sehingga semua bahan mesra.
  • Tambah air rebusan jika terlalu kering
  • Masukkan spaghetti yang telah direbus tadi.
  • Gaul semua bahan hingga sebati.
  • Tambahkan tomato yang telah dipotong dadu
  • Akhir sekali sebelum hidang, masukkan hirisan daun ketumbar.

4) Resepi Tomyam Udang

Masakan ini telah menjadi kegemaran ramai terutamanya bagi peminat makanan laut khususnya udang. Bahan yang digunakan di dalam masakan ini sangat ringkas dan  cara pembuatannya juga sangat cepat, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di pasar raya berdekatan.

Bahan-bahan 

  • Udang saiz besar 
  • Akar daun ketumbar
  • Lengkuas 
  • Cili api
  • Bawang besar (belah 4)
  • Serai ketuk
  • Pes tomyam
  • Cendawan tiram
  • Air secukupnya 

Kaedah

  • Bersihkan udang dan ketepikan
  • Tumbuk akar daun ketumbar, cili api dan lengkuas
  • Masukkan kedalam periuk yang berisi air
  • Tambah pes tomyam
  • Buka api dan biarkan mengelegak
  • Tambah udang dan cendawan
  • Rasa, jika kurang masin atau masam tambah lagi pes tomyam.
  • Biarkan semua bahan sebati dan tutup api.
  • Siap!

5) Resepi Suhun Tomyam

Asal masakan ini adalah penyediaan bagi mereka yang tidak makan mi atau bihun atas tujuan diet. Oleh itu suhun digunakan dalam masakan ini namun begitu rasanya sangat sedap dan mengenyangkan juga. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 pek suhun saiz kecil
  • Bawang putih (ketuk pecah)
  • 1 sudu pes tomyam
  • 1 biji bawang besar saiz kecil (belah 4)
  • *Rencah hirisan ayam/sotong/udang/fish ball
  • Daun ketumbar/daun limau purut

Kaedah

  • Rendam suhun dengan air paip dan gunting pendek-pendek apabila telah kembang, toskan.
  • Kemudian gaulkan suhun dengan pes tomyam, ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan masukkan rencah pilihan anda
  • Kemudian masukkan bawang besar yang telah dibelah 4
  • Masukkan suhun dan goreng sehingga ia menjadi jernih.
  • Keluarkan dan hias dengan hirisan daun ketumbar dan cili api merah.
  • Siap!

6) Resepi Sup Tulang Femes Gerai Tomyam

Masakan ini adalah satu lagi jenis menu yang terdapat di kedai tomyam biasanya dihidang sebagai pengganti bagi mereka yang tidak makan tomyam. Namun begitu oleh kerana ianya menjadi kegemaran ramai jika berkunjung ke restoran masakan Thailand itu maka kita kongsikan resepi ini dalam koleksi kali ini.

Bahan A

  • 1kg tulang lembu (rebus empuk)
  • 3 inci halia – tumbuk kasar
  • 3 hiris lengkuas
  • 2 pokok akar ketumbar
  • 1 biji bawang Holland kecl
  • Sedikit kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • I tsp gula
  • Air secukupnya

Bahan B

  • 3-4 ulas bawang putih – ketuk
  • 2 batang serai
  • Cili padi secukupnya
  • Daun limau purut
  • 1 biji bawang Holland
  • Daun ketumbar – hiris
  • ½ biji tomato
  • 2 biji jus limau nipis
  • 3-4 sudu makan sos ikan
  • Minyak untuk menumis

Kaedah 

  • Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.
  • Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan serai, bawang, cili padi dan daun limau purut. 
  • Tumis sampai layu dan wangi.
  • Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi tulang tadi.
  • Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.
  • Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.
  • Siap.

7) Resepi Nasi Goreng Tomyam

Nasi goreng tomyam ini merupakan nasi yang digoreng bersama pes tomyam dan juga bahan-bahan yang digunakan dalam masakan tersebut memberi satu rasa yang sangat menarik dan lain dari yang lain daripada nasi goreng biasa kita makan. Baiklah, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 3 cawan nasi putih
  • 1 ketul kiub tomyam

Bahan tumbuk dan tumis

  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih
  • 7 ulas cili api
  • 1 ½ sudu teh garam
  • 1 sudu makan cili kisar

Bahan hiris

  • 2 batang serai sederhana
  • 2 helai daun limau purut

Bahan rencah

  • 15 ekor udang saiz besar (buang kulit dan tinggalkan ekor sahaja)
  • 4 ekor sotong besar (bersihkan dan hiris bulat)
  • Kacang panjang dan lobak merah ( hiris bulat)
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis

Kaedah 

  • Mula-mula sediakan kuali dengan saiz yang sesuai.
  • Tumiskan bahan tumbuk dan tumis yang telah disediakan. 
  • Kemudian masukkan kuib tomyam.
  • Hancurkan kiub tersebut dan kacau rata.
  • Apabila ia telah garing, masukkan serai dulu.
  • Pastikan ia sebati, masukkan dahulu rencah sotong.
  • Biarkan sotong sebati dulu, baru masukkan udang.
  • Masukkan rencah sayur pula.
  • Masukkan nasi dan gaul rata, pastikan goreng dengan api yang besar.
  • Gaul laju-laju sehingga nasi goreng benar-benar panas.
  • Masukkan daun limau purut sejurus itu.
  • Dan gaul serta goreng hingga semua bahan sebati.
  • Siap.

8)Resepi Bihun Tomyam

Selain daripada menggunakan nasi bersama tomyam bihun juga sangat sedap dimasak bersama pes tomyam. Rasanya sama sedap malah lebih sedap terutamanya bagi peminat-peminat bihun. Masakan ini sesuai dihidangkan sebagai sarapan pagi berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 200 gram bihun (rendam dan air suam sehingga lembut)

Bahan kisar

  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili kering

Bahan tumis

  • 3 sudu besar Bahan kisar
  • 3 sudu Pes chili thai (@ pes tomyam)
  • 2 batang serai (hiris)
  • Ayam (didadu)
  • Udang
  • Lobak merah
  • 3 helai daun limau purut (hiris)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • Sawi

Kaedah

  • Tumiskan bahan kisar iaitu bawang putih, bawang merah dan cili kering. 
  • Kemudian masukkan thai chili pes dan serai. Kacau sebentar.
  • Tambahkan ayam dan udang sehingga separuh masak.
  • Masukkan sos tiram dan sedikit air. Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Kacau sebentar dan kemudian terus masukkan bihun dan kacau rata.
  • Akhir sekali, boleh tambahkan sayuran yang cepat lembut seperti sawi, taugeh dan tomato. Kacau sehingga bihun masak. Siap untuk dihidang!

9) Resepi Tomyam Bersantan

Resepi berikut telah dikongsikan oleh Shazlin Mazme dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ia merupakan satu lagi cara yang sedikit berbeza untuk menyediakan tomyam santan. Ia menggunakan bahan yang lebih teliti berbanding resepi tomyam santan sebelum ini.  baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan yang boleh anda dapati di pasar raya yang menjual bahan masakan Thailand ataupun anda boleh beli secara online.

Bahan – bahan:

  • Isi ayam, udang (boleh masukkan daging atau seafood)
  • 1 sudu besar Thai Tom Yum Paste (jenama Pum)
  • 1 sudu besar Thai Chili Paste (jenama Mae Pranom)
  • 4 sudu besar santan (atau santan kotak)
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar sos ikan/nampla
  • 2 sudu besar gula
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai *dipotong serong
  • 5 biji cili padi *ketuk-ketuk
  • 6 helai daun limau purut *siat-siat urat daun
  • 2 biji limau nipis *perah airnya
  • Bunga kobis
  • Tomato
  • Cendawan enoki (boleh tukar dgn cendawan tiram atau butang)
  • Capsicum (boleh masukkan sayur lain seperti carrot dan jagung)

Cara – cara memasak:

  • Tumis bawang besar, bawang putih, serai, halia dan cili padi
  • Masukkan tom yum paste dan chili paste
  • Masukkan ayam dan daun limau purut
  • Masukkan santan dan air
  • Masukkan air limau nipis, sos ikan dan gula (ikut citarasa masing – masing untuk imbangkan rasa masam, masin dan manis)
  • Masukkan sayur-sayuran
  • Masukkan udang (didih sebentar dan boleh diangkat)

10) Resepi Ayam Masak Kicap ala Gerai Tomyam

Resepi terakhir dalam koleksi kali ini merupakan salah satu menu yang boleh didapati digerai tomyam kerana cara menyediakan sedikit berbeza berbanding masak kicap biasa kita masak. Keenakannya pasti menambat rasa terutama bila dimakan bersama semangkuk sup tomyam

Bahan utama

  • 300g Isi ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit.

Bahan-bahan hiris

  • Bawang besar 1 labu
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia ½ inci
  • Cili api 5 batang

Bahan-bahan perasa

  • KIcap manis
  • Kicap masin

Kaedah

  • Sediakan kuali,panaskan minyak dalam satu senduk.
  • Goreng ayam sehingga separuh masak. Jangan terlalu garing.
  • Keluarkan minyak yang berlebihan tetapu ayam itu biarkan dalam kuali yang sama.
  • Tumiskan bahan-bahan hiris sehingga layu.
  • Masukkan kicap manis sedikit kicap masin.
  • Siap

Itulah dia 10 masakan tomyam dan juga masakan yang sesuai dimakan bersama tomyam. Masakan-masakan ini merupakan menu yang biasa ditemui digerai tomyam oleh itu anda boleh cuba sendiri menu ini dirumah anda, dapatlah anda berjimat sambil menikmati air tangan sendiri.Selamat mencuba!

Koleksi Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!