Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Japchae Korean Glass Noodle Lain Macam Sedap Kena Try

Resepi kali ini merupakan salah satu masakan Korea yang amat sedap dan menarik. Japchae adalah sejenis masakan yang menggunakan suhun atau glass noodle khas Korea yang diperbuat dari tepung keledek sebagai bahan utamanya. Suhun ini akan direbus kemudian digaul bersama hirisan sayur-sayuran yang berwarna warni, malah bagi sesetengah resepi japchae juga menambah hirisan daging didalam resepinya.

Suatu masa dahulu japchae merupakan sejenis masakan diraja iaitu santapan golongan bangsawan namun seiring peredaran masa, japchae mulai dinikmati oleh orang kebanyakkan dan kerap dihidangkan didalam majlis atau kenduri kendara kerana ia boleh disedia dengan banyak dan cara penyediaannya juga amat mudah.

Bagi anda yang teringin untuk mencuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 250 gram suhun Korean ( atau suhun biasa)
  • 3 – 5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 ikat cili hijau benggala (dipotong halus dan panjang)
  • 1 biji lobak merah (dipotong halus dan panjang)
  • 1 biji bawang besar (mayang halus)
  • 80 gram cendawan shitake (hiris)
  • 1 batang chinese leek (hiris memanjang)
  • Sebiji telur ( goreng dadar nipis dan gulung serta potong)
  • Minyak bijan
  • Kicap manis
  • Kicap cair
  • Bijan (panggang sebentar)
  • 2 sudu gula
  • Rebus suhun Korea sehingga lembut dan alirkan dibawah air paip agar suhun tidak melekat-lekat. 
  • Goreng lobak merah dan kemudian alihkan.
  • Goreng cili hijau benggala dan kemudian alihkan.
  • Goreng cendawan shitake dan kemudian alihkan.
  • Goreng chinese leek dan kemudian alihkan
  • Akhir sekali goreng cendawan shitake dan alihkan.
  • Dalam bekas berasingan, campurkan semua bahan didalam satu bekas.
  • Kemudian gaul ia dengan suhun .
  • Apabila telah sebati, masukkan sayur -sayuran yang telah digoreng.
  • Rasa, jika kurang masin boleh tambah lagi kicap cair.
  • Akhir sekali tambahkan telur dadar.
  • Jika suhun kurang kembang, boleh masak lagi dalam kuali.
  • Tetapi awas kerana suhun cepat masak jadi jangan masak terlalu lama.
  • Siap untuk dihidang!

Masakan japchae ini amat sedap walaupun anda mencuba pertama kali, sayur-sayuran yang digunakan didalam resepi ini diolah mengikut keadaan kerana sebenarnya ia mempunyai tambahan daun bayam yang perlu direbus empuk secara berasingan dan kemudian digaul bersama semua bahan. Ia mempunyai rasa manis-manis dan masin juga jika anda ingin tahu rasa sebenarnya anda perlu mencuba sendiri! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!