Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Korean Chicken Feet Sempoi Sedap Senang Giler

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi masakan Korea yang sememangnya menjadi kegemaran orang Malaysia sejak kebelakangan ini. Masakan ini menggunakan bahan-bahan yang sedikit berbeza terutama pada sosnya, walaupun begitu sebenarnya ianya tidaklah sukar untuk disediakan. Kaki ayam merupakan sejenis bahan masakan yang sebenarnya mempunyai khasiat yang baik kerana ia dikatakan tinggi kolagen. Negara-negara seperti Korea, China dan Jepun sememangnya mempunyai banyak resepi yang menggunakan kaki ayam ini.

Baiklah bagi anda yang inginmencuba sendiri resepi ini sebagai hidangan keluarga anda, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 500gm isi kaki ayam
  • Air secukupnya
  • Rebus isi kaki ayam sehingga empuk dan toskan hingga betul-betul kering.
  • Sedikit minyak bijan
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 5 sudu besar madu
  • 1 sudu besar sos Korea Adabi
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • Bijan putih
  • Segenggam daun bawang
  • Bijan putih
  • Goreng kaki ayam menggunakan tepung goreng ayam.
  • Toskan dan ketepikan.
  • Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih berserta semua bahan sos dan bahan-bahan lain. 
  • Kacau agar sebati.
  • Kemudian masukkan isi kaki ayam.
  • Taburkan bijan putih 1 sudu besar.
  • Kacau lagi dan tutup api bila telah sebati.
  • Keluarkan dan hias dengan bijan putih dan hirisan daun bawang.
  • Siap!

Masakan ini amat ringkas dan mudah untuk disediakan, ianya boleh dijadikan menu pembuka selera ataupun sebagai snek yang menarik untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Malah bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini juga amat mudah didapati dikedai berdekatan anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!