Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Kaki Ayam (Sedap Berkhasiat)

author name

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sup yang amat mudah untuk disediakan. Sup kaki ayam merupakan sejenjs sup yang digemari ramai. Ramai yang mengetahui akan khasiat kaki ayam yang terkenal dengan kandungan kolagen yang tinggi. Kaum cina seumpamanya mengamal makan kaki ayam untuk khasiatnya terutama kaum wanita.

Ada beberapa cara untuk menikmati kaki ayam, namun yang paling popular ialah sup kaki ayam. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Sup Kaki Ayam

Bahan-bahan

  • 10 kaki ayam ( bersihkan dan potong dua jika suka)

Bahan kisar

  • 7 biji bawang merah kecil
  • 5 biji bawang putih 
  • ½” halia mengikut rasa

Bahan lain

  • Daun Sup 
  • 4 Biji Kentang (belah 4)
  • 1 sudu serbuk rempah kurma/sup

Kaedah

  • Mula-mula rebus kaki sehingga ia empuk.
  • Selepas itu masukkan kentang pula.
  • Masak kedua ini sehingga ia sebati dan empuk.
  • Dalam kuali lain, tumiskan semua bahan tumbuk.
  • Kemudian masukkan rempah sup.
  • Apabila telah sebati, masukkan kedalam periuk berisi kaki ayam dan kentang tadi.
  • Selepas itu baru tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan hirisan daun sup dan taburan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  • Siap.

Jika anda gemar makanan yang pedas, anda boleh menambah lada hitam didalam sup. Anda juga boleh menikmati sup ini bersama hirisan cili api dan kicap jika anda suka. Nikmati ia bersama telur dadar dan nasi panas, barulah terangkat. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *