Resepi Blueberry Filling (Homemade)

Resipi kali ini adalah resepi yang sesuai dijadikan isian didalam kek,roti ataupun cheese tart. Biasanya blueberry filling perlulah dibeli di kedai-kedai pembekal barang bakeri sahaja. Harganya juga tidaklah murah, jadi bagi anda yang hanya memasak untuk keluarga tentu tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan baki blueberry fiiling itu nanti bukan?

Sebab itulah Madan berusaha mengolah resepi homamade blueberry sendiri, kerana Madam ingin mengubahsuai manisnya sendiri dan lagi satu kerana ia lebih sedap kerana kita menggunakan buah blueberry yang segar. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Blueberry Filling (Homemade)

Bahan-bahan

  • Buah blueberry segar sepeket kecil
  • Dua cawan gula
  • 500 ml air
  • 2 sudu besar blueberry emulco
  • 4 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan satu gelas air.

Kaedah

  • Mula-mula masukkan blueberry di dalam periuk.
  •  Masukkan gula yang telah di sukat. 
  • Masukkan juga air dan mulai masak dengan api yang keci
  • Kemudian masukkan blueberry elmelco
  • Masak sehingga mendidih 
  • Apabila telah mendidih masukkan air bancuhan tepung jagung tadi
  • Masak sehingga semuanya sebati.
  • Simpan dalam bekas kedap udara dan kemudian letak dalam petiais sebelum digunakan.
Resepi Blueberry Filling (Homemade) 2
Resepi Blueberry Filling (Homemade) 3

Sukatan gula bagi inti blueberry ini tidaklah terlalu manis, jadi anda boleh kurang atau tambahkan sendiri sukatannya agar sesuai dengan selera anda. Jika anda membuat blueberry filling ini dan anda dapati ia terlalu cair, tambahkan lagi bancuhan air tepung jagung lagi, tetapi ingat tambahkan ia ketika ia sedang mendidih. Jika anda letakkan bancuah air tepung jagung ini pada ketika ia tidak mendidih, ia tidak akan memekat.

Oleh itu jangan lupa untuk mencuba resepi ini, anda juga boleh buat kek coklat blueberry dengan resepi ini. Jangan lupa like dan share agar ia dapat memanafaatkan orang lain juga.


Resepi Lain Yang Menarik


Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

Leave a Comment