|

5 Resepi Dorayaki Gebu dan Sedap Popular Di Jepun

Dorayaki adalah sejenis kuih tradisional Jepun yang terdiri daripada dua lapisan pancake yang lembut, disatukan dengan inti manis di tengahnya. Inti yang paling biasa digunakan adalah pes kacang merah manis yang dimasak dan dihaluskan dengan gula.

Dorayaki biasanya berbentuk bulat dan bertekstur lembut, mirip dengan pancake Barat tetapi lebih tebal dan kenyal. Ia popular sebagai snek di Jepun dan sering dijual di kedai-kedai manisan.

Di Jepun, dorayaki sering dikaitkan dengan watak kartun popular Doraemon, yang sangat menyukai kuih ini, menjadikannya lebih dikenali di seluruh dunia.

1. Resepi Dorayaki Mudah

Resepi pertama dorayaki ini dari Melissa N Hafeiz sangat mudah dan tak menggunakan banyak bahan.

Bahan-bahan

  • 1cwn tepung gandum
  • 1bj telur
  • 2tbsp minyak jagung
  • 1/2cwn susu cair
  • 1/3cwn gula
  • 1tsp baking powder
  • 1/2tsp esen vanilla
  • Secubit garam

Cara penyediaan

  1. Blend semua bahan, rehatkan bater 10min sebelum masak.

2. Resepi Dorayaki Pandan

Nak lagi sedap boleh buat dorayaki filling pandan. Sangat sesuai kombinasi pancake ini dan inti pandan. Resepi dari Zaimah Zakaria.

Bahan-bahan

  • 2 cwn tpg gandum
  • 4 biji telur gred A
  • 2 sudu besar madu
  • 6 sudu besar gula
  • 1/2 cwn fresh milk
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara penyediaan

  1. Campurkan semuanya sekali kacau sebati.
  2. Kalau berketul boleh tapis.
  3. Perap 1/2 jam.
  4. Untuk dapat permukaan yang licin guna kuali non-stick.
  5. Bila dah perang terbalikkan sebelah bawah masak sikit lagi.
  6. Letak inti yang disukai.

3. Resepi Dorayaki Bersalut Coklat

Resepi dari Anis Atokman ini lain sedikit dari biasa. Dorayaki bersalut inti coklat ini bakal digemari anak-anak anda. Pastikan inti coklat keras baru sedap dimakan.

Bahan-bahan

  • Telur 4biji
  • Gula 1/2 cwn
  • Garam 1/2 sk
  • Esen vanilla 1/2 sk
  • Serbuk penaik 1 sk
  • Madu 2 sk
  • Tepung gandum 2 cwn
  • Susu Segar (Full cream) 8 sb

Cara penyediaan

  1. Kacau or putar sebati semua bahan diatas kemudian bakar diatas kuali dengan cara ratakan adunan secara bulat alihkan agar masak dikedua belah bahagian dah msak boleh angkat dan letak inti ikut flavour kesukaan masing-masing.
  2. Kalau nak buat double choco diluar just cairkan coklat msakan then just celupkan sahaja celup sebelah dulu, letak dalam peti sejuk sehingga coklat kering or keras sedikit kemudian celup disebelah bahagian lagi sama ratanletak lagi sekali dlm peti sejuk.

4. Resepi Dorayaki Nutella

Filling nutella memang menjadi all time favourite semua orang kan? Letak dalam dorayaki pun sedap. Resepi dari Muhammad Aiman.

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu madu
  • 1/2 sudu baking powder
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3-4 sudu susu segar
  • Garam
  • Nutella

Cara penyediaan

  1. Campur semua bahan kecuali Nutella. Masukkan dalam frying pan, tak perlu minyak. 1 senduk kecil untuk setiap 1 keping.
  2. Nutella pulak step last sekali. Letaklah banyak mana nak. Tapi jangan excited pergi sapu tebal-tebal. Nanti kalau Nutella melimpah, takut dorayaki dah comot tak nampak rupa.

5. Resepi Dorayaki Tanpa Telur

Kalau anak anda alahan dengan telur, boleh cuba resepi dari Farhah Azman ini. Resepi acuan dorayaki ini tidak menggunakan telur.

Bahan-bahan

  • Tepung gandum 7 sudu besar penuh. Nak tapis bole, Tak tapis pun tak apa
  • Gula 2 sudu sudu besar
  • Madu 1 sudu sudu besar
  • Esen vanila 1 sudu besar
  • Susu tepung 2 sudu besar
  • Baking powder setengah sudu kecil paras paras
  • Baking soda setengah sudu kecil paras paras juga

Cara penyediaan

  1. Semua gaul sekali dengan air atau susu kotak.
  2. Ok part air ni, pakai air putih biasa boleh, pakai susu kotak pun boleh, isi sikit sikit sampai dapat konsistensi yang tak terlalu pekat, tapi tak terlalu cair. Anggaran setengah cawan air dulu. Isi sikit sikit tau. Jangan tuang semua. Sikit sikit. Sampai dapat pekat tak pekat, cair tak cair.
  3. Dah siap bancuh, perap setengah jam. Dan masak. Masak jangan letak minyak atau marjerin. Pakai nonstick pan. Baru cantik kulit. Tapi kalau takde nonstick pan takpe,letak je marjerin atau minyak, ok je.

Resepi Menarik Yang Lain

Banyak lagi resepi menarik yang lain telah kamis sediakan untuk anda. Jangan lupa baca dan cuba ya!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *