Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cucur Jawa (Menu Minum Petang)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai sebaga menu minum petang. Cucur secara asasnya adalah sejenis resepi yang menggunakan tepung dan air. Ada pelbagai jenis cucur dan yang paling popular ialah cucur udang, cucur pisang ataupun cucur bawang.

 

Namun cucur jawa sekalipun menggunakan asas air dan tepung, ia mempunyai keunikkan tersendiri. Ini kerana cucur jawa mengandungi tepung beras. Ia pula menggunakan air gula, dan diperap semalaman. Madam masih ingat pertama kali merasai cucur jawa ini ialah ketika masih muda lagi. Ketika itu yang menghidang cucur ini ialah jiran Madam. Malang sekali kerana resepinya ketika itu sangat ‘top secret’. Untung kini atas nama perkongsian, resepi ini mudah didapati dan mudah juga untuk membuatnya.

 

Baiklah, mari lihat bahan-bahan diperlukan didalam resepi ini.

 

Resepi Cucur Jawa ( Menu Minum Petang)

 

Bahan-bahan

 

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • setengah cawan gula putih
  • setengah cawan air gula merah

 

Kaedah

  • Mula masakkan setengah cawan gula merah dengan setengah cawan air, tapis dan sejukkan menjadi setengah cawan.
  • Kemudian campurkan tepung beras, tepung gandum, baki gula dan tuang air gula merah tadi.
  • Tambahkan 1 cawan air sedikit demi sedikit sambail kacau kerana adunan tidak boleh terlalu banyak air. Ia seharusnya pekat tetapi kelikatannya cair.
  • Perap adunan semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam.
  • Apabila hendak goreng tambahkan sedikit air jika ia terlalu pekat. 
  • Goreng dengan minyak yang banyak dan panas, namun kecilkan api ketika mengoreng agar ia tidak hangit.
  • Goreng sekeping demi sekeping sehingga habis adunan.
  • Sejukkan sebelum dinikmati.

Cucur jawa ini, mempunyai rasa rangup ditepinya. Ini kerana penggunaan tepung beras tersebut. Didalamnya lembut dan berongga, seperti kek gula hangus. Anda boleh mengurangkan jumlah gula jika tidak suka pada rasa yang terlalu manis. 

Siapkan bancuhannya sehari sebelum anda menggorengnya, ini untuk memastikan isinya berongga dan membuat rasanya begitu enak sekali. Anda haruslah mencubanya dan jadikan ia menu petang anda.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!