Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Hummingbird (Kek Yang Klasik Dan Pasti Jadi)

Kek Hummingbird ini mempunyai kisah yang menarik, kerana ia berasal dari Pulau Jamaica. Resepinya dibawa keAmerika Syarikat dalam satu rangka mempromosikan negara tersebut dalam sektor pelancongan.

Pertama kali resepi ini diperkenalkan pada tahun 1968 di Amerika Selatan. Ia dikenali dengan nama Kek Doctor Bird. Doctor Bird merupakan burung kebangsaan bagi Pulau Jamaica ini. Kejadian kek ini yang sangat mudah tetapi sedap, lembab dan penuh kacang, berjaya menambat rakyat Amerika untuk diuabah suaimenjadi kegemaran rakyat negara “Uncle Sam” ini.

Pembuatan kek ini menyerupai kek lobak merah, Carrot Cake. Namun isi kandungannya mempunyai banyak perbezaan yang telah mempengaruhi rasa kek tersebut.

Kali ini, Madam bawakan resepi kek hummingbird ini yang Madam telah cuba. Kek ini sangat mudah kerana ia tidak perlukan mesin pengadun sama seperti kek carrot. Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Kek Hummingbird

Bahan-bahan kering

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan gula castor
  • 1 sudu teh garam
  • 1sudu teh soda bikabornat
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis(pilihan)

Bahan-bahan basah

  • 3 biji telur saiz A (dipukul sebati)
  • 1 ½ cawan minyak masak/minyak jagung
  • 1 ½ sudu teh esen vanila

Bahan-bahan inti

  • 1 tin nenas (ditapis dan dihancurkan isinya)
  • 2 cawan pisang dilenyek kasar.
  • 2 cawan kacang pecan atau walnut ( asingkan separuh untuk hiasan atasnya)

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c selama sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Grisskan 3 loyang bersaiz 8’ bulat dan lapikkan dengan kertas minyak.
  • Ayak bahan-bahan kering dan gaul sebati menggunakan spatula sahaja.
  • Masukkan bahan-bahan basah bermula dengan telur , gaul rata. Kemudian masukkan  minyak dan esen vanilla. Gaul semuanya agar sebati dahulu.
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan inti lain, masukkan satu demi persatu bahan-bahan diperlukan.
  • Apabila semua bahan telah sebati, bahagikan adunan kepada 3 loyang yang telah digris tadi.
  • Bakar pada suhu 160c selama 25minit-30minit. Bila telah cukup masa,cucuk kek dengan lidi untuk memastikan ia masak dengan rata.
  • Keluarkan dan sejukkan di atas besi redai. Hiasi dengan cream cheese dan kacang walnut yang dibakar terlebih dahulu.

Ternyata kek ini sangat sedap, gabungan nenas, pisang dan kacang walnut bersama ceam cheese itu sangat mengasyikkan. Oleh kerana ia sangat mudah dilakukan, anda harus mencubanya. Tambahan pula anda tidak perlu keluarkan mesin pengadun didalam almari. Hanya guna senduk sahaja jika tiada spatula. Senang bukan?

Jangan lupa mencuba resepi-resepi yang lain juga,kami mempunyai koleksi pelbagai resepi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!