roti jala kari ayam

Resepi Roti Jala Kari Ayam (Lazat Memikat)

Jika anda kurang beruntung menjala ikan, apakata anda cuba menjala roti pula. Senang dan sempoi saja. Yang pastinya lagi senang dari jala ikan.

Roti jala ialah makanan yang dibuat menyerupai jala-jala berjuntai. Teksturnya yang berlubang tidak sekata membuat rasa roti jala jadi elastis namun tidak lembik.

Mungkin ada sebahagian anda yang hairan ingin tahu bagaimana cara supaya tercipta jala-jala yang menarik, tekstur juga lembut tidak basi walaupun sudah 2 hari.

Roti jala tidak lengkap tanpa kari ayam. Tradisi makan roti jala dengan kari ayam pantang dielakkan. Oleh kerana itu, kali ini kami tidak hanya berkongsi resepi roti jala melainkan dengan kuah kari ayam sekali. Jom cubakan resepi roti jala zigzag dan kari ayam dikongsikan oleh Raja Amanina di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Roti Jala dan Kari Ayam

roti jala kari ayam
Imej via Facebook

Bahan Roti Jala :

  • 3 cawan tepung gandum,
  • Telur sebiji,
  • Setengah cawan susu cair,
  • 2 cawan setengah air,
  • Gula 1 sudu kecil,
  • Secubit garam,
  • 2 sudu besar minyak masak,
  • Pewarna.

Cara-cara :

  1. Gaul sebati@blender semua bahan hingga halus.
  2. Tapis dan perap sekejap.
  3. Untuk jala yang pertama sapukan sedikit minyak.roti jala kari ayam

Bahan Kari Ayam :

  • 1 ekor ayam,
  • 8 biji bawang merah,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 3 inci halia,
  • 2 tangkai daun kari,
  • 2 paket kecil serbuk kari adabi,
  • 2 sudu makan cili giling@cili kisar,
  • 3 sekawan,
  • 2 keping asam keping,
  • Santan,
  • Gula dan garam secukup rasa,
  • Kentang secukupnya.

Cara-cara :

  1. Kisar atau blend bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari dan 3 sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan cili giling, rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan asam keping.
  6. Bila sudah separuh masak masukkan kentang dan santan.
  7. Perasakan dengan gula garam.
  8. Renehkan hingga kuah sedikit pekat dan pecah minyak.
  9. Sedia dihidang dengan roti jala.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi roti jala, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *