Resepi Brownis Cheese Marble (Pasti Jadi)

Brownis antara makanan pencuci mulut yang makin digemari alaf kini. Ia diantara menu yang jadi pilihan dalam kenduri kendara atau pelbagai majlis. Diantara kebanyakkan menu pencuci mulut dari barat yang masuk ke negara kita ini. Brownis sangat digemari ker\rana ia sedap dan sangat mudah dibuat. Rasanya juga sangat sedap. Ia bagai gabungan cookies dan kek.

Jika dia dibuat dari bahan-bahan premium, coklat import contohnya atau menggunakan butter sepenuhnya. Percayalah rasanya seperti di hotel lima bintang. Dimasak oleh chef ternama,dihidang dalam pinggan yang mahal. Dilayan oleh pelayan yang berpakaian kemas. Wah! Berangan sekejap Madam, terbawa-bawa dek perasaan pula.

Mari kita lihat resepi ini dan bahan-bahannya.

Resepi Brownies Cheese Marble

Bahan-bahan A

  • 125g salted butter
  • 250g dark chocolate
  • 3 sudu besar serbuk koko

Bahan-bahan B

  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 1sk esen vanilla

Bahan C

  • 150g Tepung gandum

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 170 C sekurang-kurangnya 10min. Gris loyang saiz 9” dan lapik dengan kertas minyak. Biarkan kertas berlebihan disebelah kira dan kanan. Ia bertujuan memudahkan untuk mengeluarkan brownis bila telah siap masak.
  • Cairkan coklat mengguna kaedah double boil,kemudian tambahkan butter. Bila semua telah cair sepenuhnya,masukkan serbuk koko. Kacau sebati dan biarkan adunan sejuk sebentar.
  • Kemudian masukkan telur, gula dan esen vanilla ( bahan B).
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau guna “hand whisk” sahaja.
  • Asingkan sesudu utk buat corak marble atas topping cheese.
  • Bakar selama 40min.

Sementara menunggu brownis masak, bolehlah kita sediakan adunan cheesenya pula.

Bahan-bahan cream cheese.

  • 250g cream cheese
  • 100g gula aising
  • 2 biji telur

Kaedah

  • Pukul semua hingga sebati.
  • Apabila brownis telah masak, keluarkan dan curahkan adunan cheese ini. Hias ia dgn baki brownis dengan corak marble seperti didalam gambar.
  • Bakar semula selama 20min.Biarkan sejuk  seketika sebelum potong.
  • Siap untuk dihidang.

Hasil air tangan sendiri. Pasti digemari seisi keluarga.
Brownis dan congo bar.

Walaupun nampak macam banyak bahan-bahan yang digunakan,tapi jika dengan perancangan yang betul anda pasti dapat menyediakan brownis yang lazat. Malah anda mungkin dapat ambil tempahan pula selepas ini. Mana tahu rezekikan? Jangan lupa intai-intai resepi kami yang lain ya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *