Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Marble Yang Marbeles Lagi Senang Nak Buat

Resepi kali ini merupakan salah satu kek marble yang amat ringkas dan mudah untuk disediakan.Perkongsian kali ini akan membawa kepada cara untuk menyediakan kek marble yang berperisa kopi dan amat sedap. Antara bahan yang digunakan didalam resepi ini ialah butter bersama gula halus, tepung gandum, telur dan juga sedikit susu.

Cara membuat kek ini pula ialah dengan memukul dahulu gula dan butter sehingga pucat dan kemudian ditambah telur sebiji demi sebiji sebelum ditambah tepung dan juga susu. Kemudian satu bahagian dari adunan ini akan dicampur dengan emulco atau serbuk koko untuk mengahasilkan corak marble.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah  bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 250 butter
  • 1 cawan gula halus
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung kek
  • 3sdb susu pekat
  • 1 sdk esen vanilla
  • 1 sdb serbuk koko
  • Panaskan oven 160’c
  • Api atas bawah selama 15 min
  • Loyang 6×6, 7×7 pun boleh
  • Mix butter dgn gula sehingga putih
  • Masukkn telur sebiji demi sebiji
  • Masukkan esen vanilla dan susu pekat
  • Mix lagi sampai kembang
  • Masukkan tepung kacau dengan spatula hingga sekata..
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  • 1 bahagian gaul dengan koko
  • 1 bahagian lagi gaul dgn colour kegemaran anda
  • Griskan loyang dengan minyak
  • Letakkn 2 sudu perasa koko ditengah loyang
  • Letakkn pula 2 sudu adunan bewarna diatas koko..
  • Ulang cara yg sama hingga selesai
  • Bakar selama 30minit @ ikut suhu oven masing2..

Kek marble ini biasanya dihidangkan sebagai menu didalam sajian minum petang. Namun kerana keenakkanya, ia juga kerap mendapat permintaan yang tinggi dikalangan mereka yang membuat majlis seperti kenduri atau ‘high tea’. Apapun diharap anda akan mencuba resepi ini kerana ianya berbaloi untuk dicuba. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!