Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Marble Ombre Lain Macam Tapi Confirm Sedap

author name

📄

Resepi ini merupakan resipi kek butter yang telah diubah suai mengikut selera terkini. Kek marble ombre adalah kek butter yang ditambah bancuhan coklat dan dicorak menjadi marble. Namun begitu ianya diubah sikit menjadi warna ombre.

Ombre bermaksud ia  mempunyai warna bertona gelap, sederhana gelap dan cerah. Kebiasaannya warna yang digunakan ialah warna pink,biru dan sebagainya. Tapi kali ini inovasi baru bila kita gunakan  coklat pes menjadi ombre. Bagi anda yang mencuba sendiri, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

Pes coklat

  • 25g serbuk koko
  • 50g gula
  • 50g air panas
  • ½ sudu teh vanila
  • ⅓ sudu teh baking soda

Kaedah

  • Tuang semua bahan dan kacau agar menjadi pes.
  • Ketepikan.

Bahan-bahan kek

Bahan-bahan kering 

  • 220g tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • *ayak semua bahan dan ketepikan.

Bahan-bahan basah

  • 250g butter
  • 160g gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • ½ sudu esen vanila 
  • 75ml susu

Kaedah

  • Panaskan oven dan gris loyang bulat saiz 8”
  • Mula-mula pukul butter dan gula sehingga gebu dan putih.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pastikan adunan sebati setiap kali masukkan telur.
  • Apabila ia telah sebati masukkan tepung separuh dahulu, kaup balik.
  • Kemudian masukkan susu, kaup balik lagi.
  • Akhir sekali masukkan baki tepung, kaup balik semua bahan.
  • Siap.

Penyediaan kek marble ombre.

  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  • Bahagian pertama masukkan coklat pes yang telah disediakan.
  • Kacau sebati dan masukkan didalam loyang ya g telah disediakan.
  • Menggunakan mangkuk yang sama, kacau bahagian kedua aduanan.
  • Tuang kedalam loyang kek dan akhir sekali masukkan bahagian adunan yang terakhir.
  • Bakar kek pada suhu 160c selama 60 minit.
  • Uji kek dengan lidi untuk memastikan ia telah masak.
  • Sejukkan kek diatas besi redai.
  • Siap!
r

Kek ini mempunyai rasa yang amat sedap, terutama jika anda menggunakan butter yang lebih wangi. Teknik membuat kek butter juga jika diikuti dengan betul akan menghasilkan kek yang moist dan wangi. Diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *