Carrot Cake with Cream Cheese & Walnut

Carrot Cake with Cream Cheese & Walnut ?? (rujukan dari Delihayat kitchen if xsilap sy)

Bahan :
4 biji telur (asingkan putih telur & kuning telur)
1 1/2 cawan minyak jagung (minyak masak pn boleh)
100g gula castor ( 1/4 cwn + 2 sudu kecil kalau nk guna sukatan cawan)
100g gula perang ( 1/4 cwn + 2 sudu kecil kalau nk guna sukatan cawan)
1 1/2 cawan carrot (diparut halus)
1/2 cawan walnut (bakar sekejap)

250 g tepung kek/superfine/tepung gandum (2 cawan klau nk guna sukatan cawan)
1/2 sudu teh serbuk kayu manis (klau xsuka xyah letak)
1 sudu teh baking soda (sukatan penuh tp jgn membukit sgt)
1/2 sudu teh garam

Cara :
1. Saya guna loyang 8″x8″. Sapu butter/marjerin pada loyang. Alaskan dengan baking paper. Sapu jugak butter pada baking paper. Panaskan oven 175c.
2. Pukul kuning telur sampai sebati (hand mixer je). Masukkan gula castor dan gula perang. Kacau lagi sampai sebati.
3. Kemudian masukkan carrot yang diparut dan walnut. Kacau lagi.
4. Masukkan bahan kering yang diayak tadi. Boleh guna senduk kayu sebab adunan agak likat masa ni.
5. Dalam bekas lain masukkan putih telur dan putar guna high speed hingga kembang. (Bila kita terbalikkan bekas, dia xjatuh)
6. Masukkan putih telur yang dah kembang tadi ke dalam adunan kek. Kacau sebati. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 175c selama 45-50 minit brgantung pada oven masing2.

Tips :
* Adunan yang dimasukkan ke dalam acuan tak terlalu tebal sbb takut bahagian dalam dia xmasak.
* Cucuk dgn lidi kalau nk tahu masak ke tak. Kdg2 bila cucuk tak melekat tapi ada nampak berminyak pada lidi tu maknanya belum masak betul. Kena pastikan lidi tu betul2 licin.
* Untuk putar putih telur hingga kembang, pastikan takde sikit pon bercampur dgn kuning telur. Pastikan bekas dan mixer tu kering tanpa sikit pon air.

Frosting :
1/2 cawan butter
1 cawan cream cheese
1/2 cawan gula aising

Cara :
Pukul semua bahan hingga sebati. Jangan lama sangat nanti cair.

* Kalau gula aising takde, blh buat sendiri (1 cwn gula biasa + 1 sudu besar tepung jagung, blend halus)
* If nk buat bentuk carrot kat atas tu, simpan sikit adunan cream cheese. Masukkan pewarna oren dan hijau. Yg oren tu saya guna nozzle bulat size 2 dan yg hijau tu nozzle bintang.

credit: Cik Daa‎ #mahn

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *