Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Buah Campur Saiz Bento Tengah Trending Sekarang

Resipi kali ini merupakan cara menyediakan Kek bento yang telah menjadi trending sejak kebelakangan ini. Kek bento adalah sejenis kek yang bersaiz mini yang dimuatkan di dalam bekas makanan. Ianya tidak mempunyai banyak berbeza berbanding kek saiz besar. Namun begitu ada sedikit perbezaan dalam pembahagian bahan-bahan yang digunakan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah melihat cara dan bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 125g tepung kek span
  • 2 biji telur 
  • 30g air
  • 30g minyak masak

Kaedah

  • Pukul tepung kek span dan telur hingga putih.
  • Kemudian masukkan air dan pukul lagi
  • Selepas itu masukkan minyak masak dan kaup sebati
  • Masukkan adunan dalam 2 loyang saiz 4”
  • Bakar pada suhu 160c selama 30 minit
  • Sejukkan kek selepas itu 

Bahan lain

  • Fruit cocktail dalam tin ( toskan)
  • Kacang badam ( siap bakar rangup)
  • Fresh cream siap pukul kental 

Penyediaan

  • Potong kek kepada 3 lapis
  • Basahkan setiap lapisan dengan jus buah cocktail 
  • Tambah fresh cream dan buah cocktail
  • Tutup dengan lapisan seterusnya 
  • Dan ulang hingga siap.
  • Lepa dengan kemas dan hias dengan buah segar dan kacang badam dibahagian tepi kek.
  • Siap

Kek ini sesuai dijadikan sebagai sumber pendapatan kerana ianya boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan pasti digemari pelanggan. Apapun pastikan anda berlatih hingga mendapat lepaan yang kemas sebelum membuat jualan Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!