Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mudah Lamb Chop ( Yang Mudah dan Cepat)

Resepi kali ini adalah merupakan menu masakan barat. Umum mengetahui kelambakan menu masakan barat telah lama ada didalam dunia masakan kita. Ia juga makin popular dan menjadi pilihan hidangan di restoran-restoran.

Lamb chop adalah daging daging yang dipotong menjadi kepingan daging kambing bersama tulang dan lemaknya. Ia diperap dengan sos-sos tertentu kemudian digrill hingga garing. Biasanya ia dihidang dengan sos lada hitam dan sayur-sayuran.

Hari ini Madam akan bawakan cara Madam membuat lamb chop, menggunakan bahan-bahan simple sahaja yang ada sedia didapur. Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Mudah Lamb Chop ( Yang Mudah dan Cepat)

Bahan-bahan utama

  • 5 keping lamb chop beku yang telah dinyahbeku.
  • (Bersihkan terlebih dahulu)

Bahan-bahan perapan

  • 3 sudu besar sos bbq
  • 2  sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk bawang
  • 1 sudu besar serbuk garlic
  • 1 sudu besar mix herb
  • 1 sudu makan lada hitam yang dikisar halus
  • 1 sudu makan madu ( pilihan)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam sedikit

Kaedah

  • Gaul semua bahan perapan dengan rata dan sebati.
  • Perap lamb chop dengan bahan ini sekurang- kurangnya 30 min
  • Dengan menggunakan kuali leper dan sedikit minyak, masak lamb chop diatasnya sehingga masak dikedua-dua belahya.
Lamb chop boleh juga digrill mengguna magic pan, biar ia terbuka untuk mengaringkan lamb chop image via google

Kini ia boleh dihidang bersama sos lada hitam dan sayur salad serta nasi panas. Biasanya Madam akan hidang dengan nasi , maklumlah tekak orang Melayu. Sos pula anda boleh gunakan sos lada hitam yang dibeli dalam botol atau anda boleh masak sendiri.

Masakan ini sangat cepat dimasak, selain nasi ia juga dihidang dengan roti atau kentang putar. Anda boleh perap lebih awal dan bekukan. Sebelum pergi kerja anda boleh nyahbekukan dahulu dan grill dalam pan hingga masak apabila pulang dari kerja. Nak kurus? Jangan ambil apa-apa sumber karbo, mudah bukan?

Resepi Lain Yang Menarik

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!