,

Resepi Sup Tulang Thai (Idea Makan Malam)

Oleh:

Sup Tulang Thai adalah hidangan yang berasal daripada Thailand. Jadi, apa yang sinonimnya dengan hidangan daripada Thailand adalah rasa masamnya. Inilah perbezaan yang amat ketara dan terdapat pada Sup Tulang Thai.

Sekiranya anda ketandusan idea atau inginkan sesuatu yang unik unuk makan malam, apa kata anda masak sup tulang Thai? Ianya juga sesuai untuk dihidangkan kepada semua.

Resepi ini dikongsikan oleh Zarina Mohd Dalim II dan banyak perkongsian serta likes telah diperoleh di media sosial.

Resepi Sup Tulang Thai

sup-tulang-thai
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1kg tulang dan daging lembu (rebus)
  • 1 btg saderi (hiris)
  • 3 helai daun limau purut( buang urat tgh, sbb x nak kuah jdi pahit)
  • 1 labu bawang Holland (hiris)
  • 1 btg serai (ketuk)
  • 1 btg lobak (potong ikut suka)
  • 3 biji kentang (potong)
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • Cili padi (ikut nak ltk berapa)
  • Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga

Bahan Tumbuk:

  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Halia
  • Lada hitam
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Daun ketumbar
  • Lime juice

Cara – cara memasak:

  1. Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan masukkan 2sdb rempah sup, masak sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan tulang,masukkan 3 sekawan, masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland.
  4. Biarkan mendidih sehingga kentang dan lobak empuk.
  5. Kemudian masukkan tomato, dan garam secukup rasa.
  6. Siap! Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Leave your vote

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Nur Dini Abd Aziz
Suka berkongsikan resepi terkini yang menarik untuk dicuba.

Tinggalkan komen di sini

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.