Resepi Udang Buttermilk (Sampai Teringat – Ingat!)

udang-buttermilk

Udang Buttermilk merupakan hidangan yang amat lazat. Selalunya, hidangan buttermilk selalu dimasak bersama ayam. Namun, anda juga boleh menyediakan udang buttermilk.

Resepi ini amat mudah untuk disediakan. Ianya juga menggunakan bahan yang tidak susah untuk dicari. Kalau di restoran, mesti mahal! Jadi, apa kata anda sediakannya sendiri. Lebih jimat, kebersihan juga terjaga.

Resepi ini dikongsikan oleh Azira Abu Bakar dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Udang Buttermilk

udang-buttermilk
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kilo udang buang kepala dan ekor
  • 1/2 tin susu cair
  • 5 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar biasa potong dadu
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu minyak masak biasa
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula jika suka

Bahan untuk tepung salutan udang:

  • Tepung beras
  • Tepung bestari
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara – cara memasak:

  1. Gaul rata udang bersama tepung bestari, tepung beras dan sedikit kunyit.
  2. Goreng hingga masak.
  3. Angkat dan ketepikan.

Cara – cara untuk udang buttermilk:

  1. Dalam kuali, panaskan butter dan minyak sehingga cair.
  2. Tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari. Kacau rata
  4. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kacau rata.
  5. Kemudian masukkan udang yang digoreng tadi.
  6. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *