Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Muffin Coklat (Sesuai untuk Semua Lapisan Umur)

author name

Muffin Coklat amat digemari oleh anak – anak kita. Jangankan anak – anak, malahan kita sebagai ibu bapa juga menggemarinya. Rasa coklatnya yang manis dan lazat pasti membangkitkan selera kita.

Sekiranya anda ingin meluangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti yang sihat, apa kata anda sediakan muffin coklat ini bersama anak – anak anda. Pasti mereka suka!

Resepi ini dikongsikan oleh Ummul-alifah Salim dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Muffin Coklat

muffin-coklat
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula perang (gula halus pun boleh)
  • 100 ml susu segar
  • 120ml minyak jagung
  • 1/2 sk esen vanilla

Bahan B:

  • 190 gm tepung gandum
  • 1 st baking powder double action
  • 1/2sk baking soda
  • 1/2cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan choc chips (masuk dlm adunan)
  • 1/2 cawan choc chips (utk tabur di atas)

Cara – cara memasak:

  1. Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.
  2. Tuang adunan dalam 3/4 penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

  • Resepi Telur Pindang
  • Resepi Nasi Ayam Panggang
  • Resepi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *