Resepi Telur Pindang (Untuk Majlis Perkahwinan)
Resepi Telur Pindang ini selalunya dikaitkan dengan orang Muar, Johor. Cara pembuatannya remeh dan memakan masa 3 hari. Walaubagaimanapun, ianya diperlukan sewaktu majlis perkahwinan.
Resepi ini amat eksklusif dan kami bawakan khas buat anda. Langkah – langkahnya juga mudah untuk diikuti.
Resepi ini dikongsikan oleh Eddy Nur Kasih dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau.
Resepi Telur Pindang
Bahan – bahan:
- Telur 100 biji
- Daun Jambu Batu
- Daun Manggis
- Daun Senduduk Bunga Biru
- Daun Lengkuas
- Daun Serai
- Kulit Bawang Putih
- Kulit Bawang Merah
- Ketumbar
- Rempah Kari
- Garam
Cara – caranya:
- Pertama, alaskan daun serai, daun jambu, daun manggis, daun lengkuas, daun senduduk, serta kulit bawang merah dan putih, ketumbar sedikit, garam sedikit dan rempah kari.
- Masukkan telur atas lapisan pertama sebanyak 100 biji.
- Kemudian, pada lapisan kedua, susun daun daun sama seperti lapisan pertama dan masukkan telur.
- Akhir sekali, tutup semua telur dengan daun jangan nampakkan telur itu.
- Rebuskan telur selama 3 hari dua malam. Apabila malam sahaja baru dipadamkan api.
- Apabila pagi hidupkan api semula dan panaskan air rebusan telur dengan api kecil sahaja. Tambahkan air jika kurang.
- Selepas 3 hari, telur pindang siap untuk dimakan.
Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:
Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!