Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Meatball Ikea Beli Sejuk Beku Dan Ikut Cara Ni

author name

Resepi kali ini merupakan cara mudah untuk menyediakan sepinggan meatball ikea dirumah anda. Khususnya peminat Ikea sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati sepinggan meatball ikea yang dihidangkan bersama sos perang, kentang putar, sos cranberry dan juga sedikit sayur brokoli. Namun kadangkala terlalu ramai orang dicafe menyebabkan kita sering terlepas peluang untuk menikmati meatball Ikea. Sebenarnya ikea ada menjual meatball bersama semua hidangan sampingnya secara sejuk beku. Anda boleh membelinya dan sediakan sendiri dirumah. 

Berikut adalah bahan-bahannya yang boleh anda beli di Ikea atau mana-mana cawangan yang berada ditempat anda. Ianya juga boleh dibeli secara online.

Bahan-bahan

  • 1 kg meat ball Ikea
  • 1 pek mashed potato
  • 1 pek meatball sos
  • Brokoli
  • Lobak merah

Kaedah

  • Letak meatball atas loyang dan bakar 20 min pada suhu 160c atau hingga masak dan ketepikan.
  • Mashed potato – dalam kuali tanpa minyak masukkan mashed potato dan masak hingga ia pekat dan ketepikan.
  • Meatball sos – dalam kuali tanpa minyak masukkan sos dan masak hingga pekat dan ketepikan.
  • Brokoli dan lobak merah – Panaskan air hingga mengelegak tutup api dan masukkan brokoli yang telah siap dibersihkan dan dipotong. Selepas itu keluarkan dan terus masukkan dalam air ais. Biarkan seminti dan kemudian tos, ketepikan.

Penyediaan meatball Ikea

  • Dalam pinggan sebaiknya jenis leper, letak meatball, mashed potato, brokoli dan lobak merah.
  • Tuang perlahan-lahan sos atasnya dan siap!

Dalam sebungkus meatball ikea ini terdapat lebih kurang 60 biji meatball, jika anda suka anda boleh buat sendiri sos perang. Mashed potato pun boleh buat sendiri sebab peket yang dijual itu cukup untuk 2 orang sahaja. Untuk brokoli saya guna teknik celur dan rendam dalam air sejuk untuk mengekalkan rasa rangup sayur-sayuran tersebut. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.