Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kurma Daging (Makan Jadi Berselera)

author name

📄

Petua memikat hati mak mertua ialah kena pandai masak kurma daging. Kali ini kami akan tuliskan resepi kurma daging resepi orang dulu-dulu yang dikongsikan oleh Aisyah Mansor di laman Facebook.

Rugi jika tidak belajar resepi orang lama ini. Bukan apa, kerana resepi dulu-dulu itu lebih lazat dan masih original tiada derhaka resepi diubah dan dikurangkan, semua rasa cukup.

Kurma daging sedap dijadikan hidangan untuk acara akikah anak dan acara kenduri. Sedap dimakan dengan nasi putih dan nasi minyak. Kini masanya kita orang muda-muda pula mewarisi resepi lejen ini. Sekali cuba gerenti lupa diet. Selamat mencuba.

Resepi Kurma Daging

kurma daging
Imej via Facebook

Bahan bahan:

  • Seekor daging kambing (anggaran 16 kg),
  • 7 biji kelapa (anggaran ikut saiz kelapa),
  • Garam secukup rasa,
  • 1 paket (100 gram) kulit kayu manis,
  • 1 paket (100 gram) bunga lawang,
  • 1 paket (100 gram) jintan manis,
  • 1 paket (100 gram) buah pelaga,
  • 4-5 pek (220 gram) rempah kurma Faiza,
  • 10 ulas bawang merah dihiris,
  • 15 ulas bawang putih dihiris,
  • 7 inci halia dihiris,
  • 1 cawan minyak masak.

Bahan Kisar :

  • 15 ulas bawang besar,
  • 18 ulas bawang putih,
  • 7 inci halia,
  • 18 biji buah keras supaya kuah jadi lemak,
  • Sayuran (untuk tabur selepas siap masak),
  • 4 tangkai cili hijau,
  • 15 biji ubi kentang,
  • 6 biji buah tomato dibelah dua,
  • 6 biji bawang besar dibelah empat,
  • Daun sup,
  • Daun pandan.

Cara cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis bersama bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kurma (tidak bancuh dengan air) dan kacau dengan cepat.
  3. Masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Terus kacau lagi.
  4. Masukkan daging serta air dan masak sehingga daging empuk.
  5. Ketika daging hampir empuk, masukkan ubi kentang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kurma daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *