Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Beriani Gam (Macam Kat Kedai!)

Nasi Beriani Gam, salah satu hidangan yang amat sebati dengan kita semua. Rasanya amat lazat dan mengenyangkan. Namun begitu, satu hidangannya sahaja boleh mencecah belasan ringgit. Kalau kita hendak makan bersama keluarga besar, pasti ianya menelan kos yang tinggi.

Oleh itu, jangan khuatir! Kami sediakan kepada anda resepi nasi beriani gam yang amat sedap dan pasti menjadi. Ianya juga pasti dapat membangkitkan selera keluarga anda. Bolehlah anda sediakan nanti. Kos jimat, kebersihan pun lebih terjamin.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Sue Syafieqa Balqis dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Nasi Beriani Gam

nasi-beriani-gam
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 cawan beras moghul faiza
  • Ayam separuh potong sederhana
  • 1 senduk rempah beriani mak siti
  • 4 cawan air (guna cawan yg sama sukat beras)
  • Bawang merah dan putih dihiris
  • Sedikit 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih)
  • Sedikit daun pudina
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 1 sudu minyak sapi
  • Setengah senduk minyak masak

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi.
  2. Masukkan bawang yang telah dihiris bersama 4 sekawan dan ditumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah beriani yang sudah dibancuh sedikit bersama air dan tumis dehingga naik minyak.
  4. Apabila rencah sudah pecah minyak, masukkan 3 sudu kecil garam dan perasa dan masukkan 1 cawan air.
  5. Apabila sudah didih masukkan ayam dan kacau.
  6. Tutupkan masakan supaya ayam cepat masak dan selepas ayam sudah masak, masukkan daun pudina dan tomato di atas ayam.
  7. Masukkan beras yang sudah dibasuh lalu masukkan air 3 cawan rata.
  8. Tutupkan masakan dan biarkan mendidih sehingga kering.
  9. Apabila sudah kering, kecilkan api dan titikkan pewarna kuning di atas nasi.
  10. Jangan kacau terus, tutupkan biar nasi betul – betul kering. Apabila sudah kering, gaulkan.
  11. Siap!

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!