Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bubur Asyura (Versi Johor)

author name

📄

Bubur Asyura merupakan hidangan yang dihidangkan oleh orang Islam sewaktu bulan muharram. Secara asasnya, bubur asyura terdiri daripada beras, kacang dan sayur – sayuran.

Bubur Asyura amat lazat dan digemari oleh kita semua. Kini, tak perlu tunggu bulan muharram untuk dapat merasai bubur asyura ini. Anda boleh sediakan sendiri jika teringin merasai hidangan ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Azrina Ien dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, jom kita lihat!

Resepi Bubur Asyura

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cwn beras
  • 2 cwn santan
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sb udang kering*
  • 2 cawan / lebih daging lembu / daging ayam kisar / cincang
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk / lebih serbuk lada hitam
  • kacang kuda (direndam semalaman)
  • Sedikit daun sup (dipotong halus)
  • Kentang dan carrot secukupnya (dipotong dadu)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bawang goreng
  • 3 sb rempah soto / rempah baryani
  • 1 pkt sup bunjut
  • Rempah 4 sekawan
  • Air secukupnya
  • Serbuk perasa (ikut suka seperti serbuk pati ayam)

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, tumis seketika baru masukkan bahan kisar. Tumis hingga sedikit garing dan naik bau.
  2. Bancuh perencah soto / beryani / sup dengan 1/2 cawan air, masukkan dalam tumisan tadi dan tumis seketika.
  3. Masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih dan sup bunjut dan sedikit air dulu. Masak hingga daging separuh lembut.
  4. Kacau seketika masukkan beras dan kacang kuda jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula dan serbuk pati ayam jika suka. Sentiasa kacau bagi mengelakkan bubur melekat.
  5. Apabila nampak beras sudah kembang, baru masukkan kentang dan carrot.
  6. Apabila kentang, carrot dan kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.
  7. Perasakan dengan garam secukupnya.
  8. Apabila sudah masak, tabur bawang goreng, kacang tanah goreng dan daun sup / daun saderi.
  9. Sedia dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

2 responses to “Resepi Bubur Asyura (Versi Johor)”

  1. Nony Shahimi Avatar
    Nony Shahimi

    Sy minta resepi ni ya..tq

  2. Munira Avatar
    Munira

    Terima kasih resepi nya.. Minta halal ye.. 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *