Resepi Bubur Jagung (Menggunakan Noxxa)

Sedap bukan jika dapat makan bubur jagung di petang hari sambil menonton televisyen bersama keluarga. Resepi ini juga mudah untuk disediakan.

Bubur jagung ini pastinya dapat memikat selera anda sekeluarga. Rasa sekali pasti hendak lagi. Pastikan anda ada periuk noxxa untuk mencuba resepi ini.

Resepi bubur jagung ini telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di laman sosial Facebook. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Resepi Bubur Jagung

Resepi Bubur Jagung (Menggunakan Noxxa) 2
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 tongkol jagung dihiris
  • 1/2 cawan beras pulut dibasuh dan toskan
  • 2 helai daun pandan
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupnya (ikut kepekatan)
  • 2 keping gula melaka (jika rasa tak manis tambah gula putih biasa)

Cara – cara penyediaannya:

  1. Masukkan jagung yang telah dihiris, beras pulut dan masukkan air, paras melebihi jagung.
  2. Tutup periuk noxxa, tombol hala ke “pressure” dan tekan mode “high pressure” selama 10 minit.
  3. Apabila bunyi beep, putar tombol ke arah “steam” untuk lepaskan wap.
  4. Buka tudung noxxa, jagung dan beras pulut sudah masak. Masukkan santan, gula melaka, sedikit garam dan daun pandan yang telah disimpul.
  5. Kacau rata sekejap dan on mode “stir fry” dan kacau sehingga kesemua bahan sebati. Sekiranya tidak manis boleh tambah gula putih mengikut citarasa sendiri.
  6. Apabila sudah nampak sebati, pulut pun sudah kembang, boleh offkan “stir fry”.
  7. Siap untuk dihidangkan bubur.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!