Resepi Bubur Cha-Cha Macam Zaman Dulu-dulu

Resepi kali ini merupakan sejenis menu yang sesuai disediakan diwaktu minum petang. Ia merupakan sejenis manisan berkuah yang amat popular dikalangan orang Asia khususnya orang Nusantara seperti Malaysia,Indonesia, Brunei mahupun Singapura. Bubur cha-cha adalah sejenis bubur yang menggunakan dibuat menggunakan tepung gandum yang lazimnya dijual kering dan mudah didapati dikedai yang menjual barangan kering untuk membuat kuih muih.

Penyediaan bubur cha-cha amat mudah dan masa yang diambil juga tidaklah lama seperti mana membuat bubur kacang contohnya. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 cawan cha cha kering (anggaran 140-150 gram)
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 3 sudu besar sagu
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 ketul kecil gula melaka
  • 5-6 sudu besar gula
  • garam secukup rasa

Kaedah

  • Rendam sagu seketika, anggaran masa 10 minit.
  • Rebus cha cha kering sehingga lembut dan toskan airnya. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk menghentikan proses pemanasan.
  • Masukkan santan, daun pandan dan cha cha yang direbus tadi ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan, dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul.
  • Apabila mendidih masukkan sagu, gula pasir, gula melaka dan garam secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  • Teruskan kacau sehingga bubur masak sebati. Angkat dan hidangkan.

Selain dari menggunakan gula merah atau gula melaka anda boleh menggunakan gula putih sahaja untuk menaikkan warna yang berwarna warni tersebut. Bubur cha-cha ini amat sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut bersama keluarga anda atau dijamu kepada tetamu yang datang berkunjung. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Leave a Comment