Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bubur Kacang Merah Lazatnya Buat Minum Petang

author name

Resepi kali ini merupakan resepi minum petang yang amat popular dan kerap dijadikan pilihan menu. Penyediaan bubur sebenarnya mudah kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan minima. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah santan, kacang , daun pandan dan juga gula seperti gula merah atau gula melaka,

Dalam penyediaan bubur kacang merah ini bagaimanapun masa yang digunakan agak lama. Ini kerana kacang merah perlulah direbus lama sehingga empuk  sebab itu sebaiknya rendam semalaman kacang merah sebelum digunakan. Namun begitu bagi peminat kacang merah ianya amat berbaloi, dan seterusnya ialah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Bahan-bahan

  • 1 cawan kacang merah (rendam hingga kembang, kemudian cuci bersih toskan)
  • Air secukupnya untuk merebus kacang
  • 1/2 cawan sagu ( cuci bersih dan toskan)
  • 1 buku gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir ~ ikut citarasa kalau tak suka manis kurangkan
  • 1 cawan santan
  • 1 helai daun pandan di simpul
  • Secubit garam

Kaedah

  • Kacang di rendam hingga kembang paling kurang 4 jam
  • Cuci bersih dan rebus bersama air secukupnya hingga ia kembang dan kacang pecah
  • Kemudian masukkan sagu dan masak lagi hingga sagu masak dan jernih
  • Sementara itu, satukan santan pekat dan garam untuk di makan bersama bubur kacang merah 
  • Dalam periuk lain masak gula Melaka bersama sedikit air hingga gula larut, kemudian tapis
  • Tuangkan gula Melaka kedalam periuk rebusan kacang
  • Masukkan daun pandan dan gula pasir
  • Masak lagi hingga gula hancur
  • Tambahkan santan dan perasakan dengan garam agar terbit rasa lenak manisnya
  • Biarkan merenih sebentar dan tutup api
  • Siap!

Cara menyediakan bubur kacang merah tidak banyak berbeza berbanding bubur kacang hijau, jadi anda boleh menambah bahan lain seperti sagu atau durian untuk memberi rasa yang lebih menarik. Diharap anda kan mencuba sendiri sendiri resepi ini bersama keluarga anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *