Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bubur Jagung Bersagu Sedap Lemak-lemak Manis

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi pencuci mulut yang amat popular dan mudah untuk disediakan. Bubur jagung ialah sejenis manisan yang diperbuat menggunakan bahan seperti jagung segar, biji sagu,santan, gula dan juga daun pandan. Daun pandan adalah sejenis daun yang mempunyai aroma wangi dan amat mudah didapati dinegara sebelah asia seperti Malaysia ini. Ianya banyak digunakan didalam penyediaan manisan di negara-negera sebelah Asia seperti Malaysia ini sendiri. 

Bubur jagung ini paling sedap dimakan selepas disejukkan didalam petiais, baiklah bagi anda yang mencari-cari idea hidangan minuman petang, berikut adalah bahan-bahan dan cara untuk menyediakan hidangan ini.

Bahan-bahan

  • 2 tongkol jagung manis mentah – kopekkan dan keluarkan isinya
  • 3 sudu besar gula pasir – tambah lagi bila nak lebih manis
  • 3 sudu besar gula perang
  • 4 sudu besar sagu hijau atau apa-apa warna
  • 1 peket kecil santan segar
  • 2 helai daun pandan dan simpulkan.
  • Mula-mula rebus sagu sehingga ia menjadi kembang dan sedikit jernih.
  • Masukkan daun pandan dan tambah air .
  • Apabila air rebusan mendidih masukkan biji jagung tadi.
  • Tambahkan gula dan air jika perlu.
  • Apabila bubur mulai sebati tambahkan santan dan air lagi.
  • Jangan lupa secubit garam untuk menaikkan lemak santan.
  • Kacau sehingga santan dan semua bahan menjadi sebati.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Bubur ini agak pekat kerana penggunaan sagu yang banyak jadi anda boleh menambahkan air lagi jika anda ingin lebih cair. Selain menggunakan jagung segar anda juga boleh menggunakan jagung dalam tin. Begitu juga untuk lebih mudah anda juga boleh menggunakan santan didalam kotak, saya mengurangkan sukatan gula namun anda boleh tambahkan susu manis jika suka lebih manis. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!