Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Jagung Rebus Seperti Dipasar Malam

Resepi kali ini merupakan resepi jagung yang biasanya didapati di pasar-pasar malam atau suatu masa dahulu jagung rebus sangat mudah didapati ditepi – tepi jalan.Jagung tempatan yang direbus hingga empuk memberi rasa yang sangat mengasyikkan apabila dinikmati terutama dimusim sejuk atau hujan. Namun begitu tidak semua orang tahu cara yang betul merebus jagung hingga mengeluarkan rasanya yang manis. Ini kerana kebiasaanya jagung yang dijual ini direbus didalam periuk besar.

Baiklah perkongsian kali ini akan menunjukkan cara yang betul untuk menghasilkan jagung rebus manis yang pasti mengamit kenangan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 4 tongkol jagung manis saiz medium.(siat kulit luar tinggalkan yang nipis)
  • 1 tsp garam
  • 3 tbs gula putih
  • Air secukupnya
  • Daun pandan(pilihan)

Kaedah

  • Sediakan air dalam periuk besar.
  • Tambahkan daun pandan dan buka api.
  • Apabila air telah mengelegak masukkan jagung.
  • Rebus hingga separa empuk.
  • Masukkan gula dan garam dan rebus lagi.
  • Apabila kulit jagung mulai kuning, kopek dan lihat jika isinya telah empuk.
  • Jika telah empuk, tutup api dan tapis jagung tadi.
  • Siat kulitnya dan sapu mentega jika suka.
  • Siap!

Jagung yang paling sesuai digunakan didalam resepi ini ialah jagung tempatan kerana ia lebih kecil dan cepat empuk. Namun begitu jika anda menggunakan jagung yang lebih besar, tambahkan masa merebus dan potong menjadi saiz yang lebih kecil Jangan buang kulit jagung kerana ini yang memberi rasa yang lebih manis, memadai membuang bahagian tebal sahaja. Diharap anda kan mencuba sendiri resepi dan imbaulah kenangan lalu. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!