Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Goreng Jagung (Sarapan Ringkas)

author name

📄

Resipi  berikut merupakan resepi nasi goreng yang biasanya dijadikan sebagai menu sarapan pagi. Nasi goreng jagung merupakan nasi goreng yang dimasak bersama bijian jagung. Ia memberi satu sensasi yang menarik apabila jagung dijadikan sebagai rencah utamanya. Bagi anda yang mencari idea sarapan pagi yang unik,sedap dan mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Nasi Goreng Jagung

Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi sejuk

Bahan hiris

  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk kecil jagung
  • 1 bahagian isi ayam
  • 3 ketul Sosej 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu sederhana mentega untuk menggoreng.

Kaedah

  • Mula-mula ramas nasi sejuk sehingga ia berderai.
  • Cairkan mentega dan tumis bahan-bahan hirisan bermula dengan bawang merah ,bawang putih.
  • Kemudian masukkan sosej dan ayam. 
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa dan tambahkan jagung. 
  • Akhir sekali masukkan sayur masukkan nasi dan gorenglah nasi menggunakan api yang besar.
  • Kacau sentiasa nasi sehingga benar-benar sebati.
  • Siap!

Jagung boleh didapati daripada jagung beku kerana ianya lebih mudah dan juga tahan lama di dalam peti ais. Anda boleh menambah rencah seperti udang ataupun fishball jika anda suka. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *