Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Kandar Mamak Paling Simple Semua Orang Boleh Cuba

Nasi kandar biasanya didapati di kedai Mamak di sekitar Malaysia. Ianya merupakan salah satu hidangan tengah hari yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Ini kerana, nasi kandar merupakan salah satu hidangan tengahari yang lengkap yang pastinya membuat kita semua kekenyangan!

Kali ini, kami bawakan resepi nasi kandar Mamak ini khas buat anda semua. Resepi nasi kandar ini lebih ringkas dan mudah untuk disediakan. Di dalam resepi ini terdapat resepi nasi kandar, ayam goreng berempah dan yang paling penting sekali, kuah kari kicap yang amat lazat.

Resepi ini telah pun dikongsikan oleh Norhidayah Yaya Razali dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Tanpa menunggu lagi, jom kita lihat resepi nasi kandar mamak.

Resepi Nasi Kandar Mamak

nasi kandar
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi:

  • Bawang besar dipotong wedges
  • Daun pandan
  • Halia potong
  • 3 sekawan
  • Daun kari
  • Serbuk kunyit
  • Planta untuk menggoreng
  • Beras dibasuh dan ditoskan

Ayam goreng:

  • Tepung Bestari original
  • Tepong beras
  • Serbuk cili
  • Sedikit garam dan gula (gula adalah pilihan)

Kuah kari kicap:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
    Bahan diatas dikisar
  • Daun kari
  • 3 sekawan
  • Rempah kari daging
  • Serbuk cili
  • Air
  • Kentang
  • Tomato
  • Cili besar
  • Bawang bersar
  • Kicap manis
  • Sedikit kicap masin
  • Sos tomato
  • Sos cili

Hidangan sampingan:

  • Telur masin direbus
  • Kacang bendi dicelur

Cara – cara memasak:

Nasi:

  1. Cairkan planta dan masukkan kesemua bahan kecuali beras dan kunyit.
  2. Apabila sudah kekuningan, masukkan kunyit dan kacau.
  3. Masukkan beras dan tambahkan garam dan sedikit gula.
  4. Pindahkan beras ke periuk nasi dan masak seperti biasa.

Ayam goreng:

  1. Bancuh tepung pekat dan likat, gaulkan ayam dan perap sebentar.
  2. Panaskan minyak dan goreng.

Kuah kari kicap:

  1. Kisarkan bahan kisar dan tumis.
  2. Masukkan daun kari dan 3 sekawan.
  3. Apabila sudah garing, masukkan rempah kari daging, serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan air, kentang dan biarkan mendidih.
  5. Apabila kentang sudah separuh lembut, masukkan potongan tomato, cili, bawang besar.
  6. Masukkan kicap manis, kicap masin, sos tomato dan sos cili.
  7. Siap!

Hidangkan bersama telur masin dan kacang bendi.

nasi kandar 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!