Resepi-Pajeri-Nenas

Resepi Pajeri Nenas (Resepi Popular Orang Melayu)

Hidangan Pajeri Nenas sering saja terdapat di restoran makanan tengah hari sekitar kita. Ianya mempunyai rasa yang manis dan lazat, ditambah sedikit masam nenas, amat menguji deria rasa sesiapa yang merasainya.

Pajeri Nenas merupakan hidangan yang mudah untuk disediakan. Buat sesiapa yang mengidam akan hidangan ini, anda boleh menyediakannya sendiri kerana kali ini kami bawakan resepi Pajeri Nenas ini khas buat anda.

Resepi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika di laman Facebook beliau dan telah mendapat banyak perkongsian. Jom kita tengok!

Resepi Pajeri Nenas

Resepi-Pajeri-Nenas
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 6 ulas bawang merah (2 ulas mayang, 4 ulas kisar)
  • 6 ulas bawang putih ( 3 ulas mayang, 3 ulas kisar)
  • Cili kering
  • Halia (mayang)
  • Kerisik
  • Udang kering (rendam air panas, basuh bersih, tumbuk dan kisar)
  • Belacan
  • 2 sdb rempah kerutuk
  • 1 sdb rempah kari daging
  • Rempah 4 sekawan
  • Sanran
  • Nisan
  • Garam
  • Asam jawa

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bahan yang telah dimayang sehingga wangi garing kekuningan.
  2. Masukkan rempah 4 sekwan.
  3. Masukkan bahan blend.
  4. Masak bawang sehingga wangi pecah minyak.
  5. Masukkan udang kering dan cili yang telah dikisar.
  6. Masak sehingga pecah mintak.
  7. Letakkan rempah tadi (bancuh bersama air)
  8. Masak lagi sehingga pecah minyak dan letakkan sedikit air, masukkan santan.
  9. Dengan menggunakan api kecil, biarkan sahaja ianya merenih dan letakkan kerisik.
  10. Masakkan sehingga pekat dan keluar minyak.
  11. Perasakan secukup rasa.
  12. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *