Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Apam Polkadot Viral (Kasi Ketagih!)

author name

📄

Apam Polkadot, dengan warnanya yang menarik, intinya yang lazat, ianya pasti dapat menarik minat sesiapa sahaja! Ini termasuk si Manja!

Apam Polkadot merupakan apam yang telah diolah menjadi lebih comel dan dalam bit-size. Jadi, anda boleh makan apam polkadot hanya dalam satu suap. Lazat, dan boleh bikin ketagih!

Resepi ini dikongsikan oleh Edda Elvira Ahmad dan mendapat banyak shares serta likes di media sosial. Apa tunggu lagi, jom kita tengok!

Resepi Apam Polkadot Viral

apam-polkadot
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 280gm tepung gandum
  • 3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
  • 220gm gula halus (anggaran 1 cawan)
  • 150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu makan ovalette**
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • **Filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
  • Pewarna

Langkah – langkah penyediaan:

  1. Kacau telur hingga kembang kemudian masukkan gula dan kacau dengan kelajuan maksimum hingga sebati.
  2. Masukkan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul lagi dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
  3. Selepas itu masukkan esen vanila, tepung dan baking powder (yang telah diayak) dan susu sedikit demi sedikit dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
  5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
  6. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
  7. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
  8. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
  9. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Nota: semasa mengukus, pastikan penutup periuk dibalut dengan kain. Tujuannya supaya wap tidak menitik di atas apam.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *