Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Apam Gula Hangus ( Sedap Dan Mudah)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang popular sebagai hidangan minum petang atau pagi. Kuih apam lazimnya adalah sejenis kuih yang mudah kerana ia hanya perlu dibancuh kemudian dikukus. Namun untuk mendapatkam apam yang naik dengan baik ia memerlukan agen penaik. Salah satu agen penaik yang kerap digunakan ialah yis, eno ataupun serbuk penaik. Sudah tentu penggunaan jenis-jenis agen penaik ini memberi hasil yang berbeza.

Kali ini Madam akan kongsikan resepi apam gula hangus, apam gula hangus diperbuat daripada tepung gandum dan gula hangus. Kemudian ia dikukus dan biasanya dimakan bersama kelapa parut. Apam gula hangus ini sangat mudah dimasak oleh itu ia juga kerap dihidangkan didalam majlis-majlis keraian.

Kali ini Madam akan kongsikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat apam gula hangus ini.

Resepi Apam Gula Hangus ( Sedap Dan Mudah)

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar  susu pekat
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 ½ cawan tepung gandum

Kaedah

  • Mula-mula masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau hingga gula cair sepenuhnya. Tapis dan sejukkan.
  • Kisar telur,susu,minyak dan marjerin.
  • Masukkan soda bikarbonat dan kisar lagi.
  • Kemudian masukkan gula hangus dan tepung dan kisar sebati.
  • Masukkan ke dalam jug kecil tuk memudahkan tuang dalam acuan lompang.
  • Panaskan kukus dengan api yang sederhana dan kukus hingga masak 10-15 minit bergantung saiz acuan.
  • Hidangkan ia bersama kelapa parut yang telah digaul bersama secubit garam.

Apam gula hangus ini biasanya dimakan bersama kelapa parut. Sebenarnya semua jenis apam paling sedap dimakan bersama kelapa parut. Namun ada juga orang yang suka makan apam tanpa kelapa parut. Terpulang pada selera masing-masing. 

Bagaimanapun cubalah resepi ini kerana ia sangat mudah untuk dibuat.  Mudah dan cepat tambahan pula sangat sedap. Jadi selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi apam gula hangus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *