Resepi Nasi Goreng Belacan ( Mudah Dan Cepat)

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi yang diambil dari koleks nasi goreng. Seperti yang kita tahu nasi goreng merupakan antara menu yang paling mudah disediakan di mana-mana saja di dunia. Namun begitu bagi orang tempatan resepi berikut adalah antara resepi yang digemari. Nasi goreng belacan seperti namanya bahan utama yang digunakan di dalam resepi ini ialah belacan. Berikut adalah bahan dan cara-cara untuk menyediakannya.

Resepi Nasi Goreng Belacan

Bahan utama

  • 2 – 3 cawan nasi sejuk

Bahan-bahan tumbuk

  • 10 batang cili api
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ genggam ikan bilis
  • ½ inci belacan
  • Garam 2 sudu teh
  • Serbuk perasa 1 sudu teh

Sayuran pilihan anda

Kaedah

  • Tumbuk bahan cili api dengan garam dan serbuk perasa hingga lumat.
  • Tambah pula bahan-bahan tumbuk yang lain.
  • Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat, masak sehingga garing.
  • Masukkan bahan rencah, pecahkan telur. Sebelum telur masak, masukkan nasi pula.
  • Goreng dengan api yang besar. Masukkan kicap manis jika anda suka.
  • Siap.

Sebaiknya belacan itu dibakar dahulu sebelum diguna. Bagi tahap kepedasan anda boleh mengurangkan jumlah cili api atau anda gunakan cili merah sahaja jika tidak suka terlalu pedas. Apa pun diharap anda akan sudi mencuba resepi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Give a Comment