Resepi Nasi Goreng Telur Masin (Ringkas Tapi Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sarapan pagi yang sememangnya popular dikalangan pelbagai bangsa dinegara kita ini. Jadi tidak hairanlah jika nasi goreng yang terdapat dinegara kita ini mempunyai banyak versi. Ada nasi goreng kampung , nasi goreng belacan, nasi goreng paprik,nasi goreng cina malah nasi goreng usa pun ada juga.
Apapun versi nasi goreng yang ada, nasi goreng wajib bermula dari nasi sejuk, kemudian ditambah bahan-bahan lain yang menyebabkan rasanya berbeza antara satu sama lain. Resepi kali ini juga unik, Madam akan membawa resepi nasi goreng yang lain dari biasa kita jumpai. Mari lihat bahan-bahan yang dipelukan didalam resepi ini.

Nasi Goreng Telur Masin (Ringkas Tapi Sedap)

Bahan-bahan

  • 2 biji telur masin
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar mentega
  • Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
  • 1/2 cawan daun bawang – di potong pendek
  • 2 biji cili padi – sila tambah jika suka pedas

Kaedah

  • Mula-mula rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.
  • Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.
  • Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.
  • Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. 
  • Masak hingga telur agak berbuih, masukkan juga cili padi.
  • Kacau udang/ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.
  • Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. 
  • Siap untuk dihidangkan.
Resepi Nasi Goreng Telur Masin (Ringkas Tapi Sedap) 2

Oleh kerana nasi goreng ni menggunakan telur masin, jadi anda boleh menganggarkan sendiri sukatan garamnya. Namun penggunaan telur masin juga menghasilkan rasa yang sedap. Ia mempunyai rasa yang lemak-lemak dan sikit masin.  Oleh kerana Madam suka makanan pedas, jadi Madam tambahkan sukatan cili api. Atau anda juga boleh tambahkan sukatan lada sulah, bergantung pada citarasa anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.