Resepi Nasi Lemak Pandan (Versi Menarik)

Resepi kali ini merupakan resepi sarapan pagi paling popular yang terdapat dinegara kita. Nasi lemak sebelum merupakan masakan tradisional orang Melayu. Namun terima kasih atas keharmonian negara Malaysia, nasi lemak kini menjadi tarikan tukang masak berbangsa lain juga. Nasi lemak juga mempunyai beberapa versi, antaranya nasi lemak biasa, nasi lemak lemuni, nasi lemak kuning dan nasi lemak hijau (pandan).

Namun nasi lemak secara asasnya diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan,dihidang bersama sambal tumis, telur rebus, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng serta hirisan timun. Lebih menarik aroma nasi lemak apabila dibungkus dengan daun pisang kerana terasa keasliannya. Kali ini Madam akan kongsikan resepi nasi lemak hijau atau nama lain ialah nasi lemak pandan.Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini.

Resepi Nasi Lemak Pandan (Versi Menarik)
Bahan-bahannya:

  • 5 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 2 cawan santan + 4 cawan air 
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 10 helai daun pandan – kisar dengan air 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • Minyak masak 1 sudu besar
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah 

  • Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  • Gaul dengan garam,gula dan minyak masak. Ketepikan sebentar. 
  • Daun pandan dibersihkan dan dipotong kecil. Masukkan dalam mesin pengisar bersama 1 cawan air dan kisar kemudian tapis dan diambil airnya. Ketepikan.
  • Campurkan 2 cawan santan bersama air pandan, air dan pewarna hijau.
  • Masakkan nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
  • Selepas nasi masak, karih menggunakan senduk agar santan dan bahan-bahan sebati dan wangi.
  • Sediakan dihidangkan bersama menu sampingan lain.

Rasa nasi lemak hijau ini lebih harum dari nasi lemak biasa kerana penggunaan daun pandan yang lebih optimum. Sebaiknya guna daun pandan wangi jika anda boleh dapatkan ia terutama dikampung-kampung. Anda boleh menambah pewarna hijau jika anda suka, Madam hanya menggunakan 1 sudu teh kerana tidak suka warna yang terlalu hijau.

Nasi lemak hijau ini sedap dimakan bersama menu sampingan nasi lemak yang biasa. Ditambah dengan ayam goreng berempah tentu lebih sedap.Oleh itu jangan lupa mencuba jika anda inginkan kelainan dalam hidangn sarapan pagi anda.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya. Selamat mencuba!

Total
2
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *