Koleksi 10 Resepi Nasi Ayam Sekali Try Mesti Nak Lagi

Nasi ayam merupakan sejenis makanan yang terdiri daripada nasi, ayam dan juga beberapa hirisan salad. Umumnya nasi ayam yang terdapat dinegara kita ini berasal dari masakan kaum bangsa Cina yang terdapat di negara kita ini. Lazimnya nasi ayam yang dihidangkan ini menggunakan ayam yang dikukus, dipanggang malah ada juga yang digril. Selain dari nasi ayam Cina yang terdapat ada juga versi nasi ayam penyet, nasi ayam gepuk yang berasal dari Indonesia dan juga nasi ayam Thailand.

Kini nasi ayam mudah didapati dimana-mana sahaja dinegaa kita ini, ia sentiasa mendapat permintaan dan bagi mereka yang pandai masak masakan ini mudah untuk meghasilkan pendapatan. Baiklah, perkongsian kali ini akan membawa kepada anda 10 resepi pelbagai jenis nasi ayam yang telah dicuba dan juga mudah serta sedap. Bahan-bahan didalam resepi disini juga ringkas dan mudah didapati, berikut adalah 10 resepi nasi ayam.

1) Resepi Nasi Ayam Panggang

Resepi ini dikongsikan oleh Nur Haziqah dan banyak perkongsian telah diperoleh di media sosial. Ianya menggunakan ayam panggang sebagai bahan utama didalam hidangannya. Ayamnya diperap dengan pelbagai rempah sebelum dipanggang memberi rasa ayam yang berjus tetapi kulit yang garing, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

nasi-ayam-panggang
image via Facebook

Bahan – bahan:

Paste:

• 15 ulas bawang putih
• 4 inch halia

Stok Ayam:

• 2 liter air
• 1/2 kg ayam
• 1/2 biji bawang holland
• daun bawang
• 1 sb paste
• 1 sb garam
• 1 sb gula

Sos perapan ayam dan ayam panggang:

• 4 sb brown sugar
• 5 sb madu
• 1/2 cawan kicap manis
• 1/4 cawan sos tiram
• 1 sk chinese five spice powder
• 1 sk serbuk lada hitam
• 1 sk garam
• 1 sk paste
• 1 sk minyak bijan

Nasi:

• beras yang sudah dibasuh
• stok ayam
• 2 sk paste
• 1 sb marjerin
• gula
• garam
• daun pandan

Sos cili:

• 5 biji cili padi
• 5 biji cili besar
• 1/2 biji tomato
• 1 cawan stok ayam
• 2 sk paste
• 1 sb cuka
• garam
• gula

Kicap:

• 1/2 cawan kicap manis
• 1/2 cawan stok ayam
• 1 sk paste
• 1 sb tepung jagung

Sup:

• 4 cawan stok ayam
• 1/2 pc kiub ayam
• 1 sk paste
• garam
• gula

Cara – cara memasak:

Paste:

  1. Kisarkan bawang putih dan halia menggunakan blender kering sehingga halus.
  2. Ketepikan.

Stok Ayam:

  1. Masukkan air dalam periuk.
  2. Masukkan ayam, paste, bawang holland, daun bawang, gula dan garam.
  3. Renehkan selama 20 minit atau sehingga ayam masak.
  4. Keluarkan buih-buih putih jika ada guna penapis.
  5. Setelah ayam masak pindahkan ayam ke dalam air berisi ais selama 2 minit.
  6. Keluarkan ayam dan keringkan dengan tisu dapur.
  7. Ketepikan stok ayam dan ayam tadi.

Sos perapan ayam dan ayam pangang:

  1. Gaul semua bahan-bahan sampai sebati.
  2. Sapukan pada ayam.
  3. Perap ayam selama 30 min.
  4. Masukkan ayam dalam oven dan bakar pada suhu 200°c selama 15 minit.
  5. Kemudian keluarkan ayam dan sapukan lagi sos perapan.
  6. Bakar lagi selama 5 minit.

Nasi:

  1. Masukkan semua bahan, gaul sebati dan masak macam masak nasi biasa.

Sos cili:

  1. Kisarkan semua bahan.
  2. Masak sehingga mendidih.

Kicap:

  1. Satukan semua bahan dan masak sampai mendidih.

Sup:

  1. Satukan semua bahan dan masak sampai mendidih

2) Resepi Nasi Ayam Hainan

Seterusnya ialah resepi nasi ayam hainan yang sangat terkenal dikalangan orang cina, bahan-bahan yang digunakan juga memberi rasa sedap dan ianya diinpirasikan daripada nasi ayam chicken rice shop. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Nasi Ayam Hainan (Macam Di CRS) 1

Bahan-bahan

  • Beras 2 cawan (bersih dan toskan)
  • Lemak-lemak ayam 2 sudu besar
  • Bawang merah 2 ulas (dihiris)
  • Bawang putih 2 ulas (dihiris)
  • Daun pandan 2 helai (disimpulkan)
  • Halia ½ inci
  • Kicap cair 1 sudu besar
  • Minyak bijan 1 sudu besar
  • Air rebusan ayam 3 ½ cawan

Kaedah

  • Dalam periuk nasi yang telah dipanaskan masukkan sesudu minhak masak dan tumis lemak-lemak ayam. Tunggu sebentar hingga lemak ayam sedikit garing. Alihkan.
  • Tumiskan pula bawang merah, halia dan bawang putih yang telah dihiris, kacau agar semua bahan digoreng rata. 
  • Tambahkan daun pandan yang telah disimpulkan. Tambah garam secukup rasa.
  • Kacau rata.
  • Masukkan beras yang telah dibasuh tadi. Gaul rata.
  • Sekarang masukkan air rebusan ayam sebanyak 3 ½ cawan.
  • Kacau agar ia sebati.
  • Tekan on dan tunggu hingga nasi seperti biasa.
  • Apabila telah masak, kacau nasi dengan garfu agar ia tidak melekat-lekat.
  • Siap.

3) Resepi Nasi Ayam Thai

Resepi berikut ini dikongsikan oleh Nur Haziqah dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ianya mempunyai rasa dan menggunakan bahan yang banyak digunakan didalam masakan Thailand seperti penggunaan daun ketumbar oleh itu ia memberi sedikit kelainan dalam penyediaan nasi ayam. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Nasi Ayam Thai (Unik, Sedap Hingga Menjilat Jari!) 1
image via Facebook

Bahan – bahan:

Ayam:

  • Ayam
  • 1 kiub ayam
  • Daun ketumbar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit bawang holland
  • 2 inch halia
  • Garam dan gula
  • Air untuk merebus

Nasi:

  • Beras yang sudah dibasuh bersih
  • Air rebusan ayam sekali halia, bawang dan daun ketumbar.
  • Ayam yang direbus

Sos:

  • Sos thai
  • 10 tangkai cili padi dipotong halus
  • Bawang putih – tumbuk hancur
  • Daun ketumbar
  • 2 sb kicap manis
  • Perahan limau kasturi
  • Sedikit air rebusan ayam
  • Garam ( jika perlu )

Langkah – langkah memasak:

Ayam:

  1. Campur ke semua bahan di atas dan rebus sehingga ayam masak.
  2. Air kena banyak sebab air tersebut hendak digunakan untuk memasak nasi dan sup.

Nasi:

  1. Masak nasi ikut sukatan harian. Cuma gantikan air biasa dengan air rebusan ayam tadi.
  2. Ayam yang direbus tadi letak atas beras dan masak sekali.

Sos:

  1. Gaul semua bahan dan siap!

4) Resepi Nasi Ayam Hainan Asli

Resepi seterusnya ini dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar dan mendapat ratusan shares di Facebook. Ianya merupakan cara yang asli dalam menyediakan nasi ayam hainan. Sungguhpun namanya sama tetapi bahan dan cara penyediaannya sedikit berbeza, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

nasi ayam hainan
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi:

  • 1 kg beras wangi (kalau takde pakai beras biasa pun boleh. Nak campur pun boleh)
  • 2 inci Halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sudu majerin
  • 4 sudu minyak masak

Sup ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang Holland
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 liter air

Ayam:

  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu biji lada hitam
  • 2 sudu minyak bijan
  • Maltose

Sambal:

  • 2 biji cili padi (nak pedas boleh lebihkan)
  • 6 biji cili merah
  • 2 inci halia muda
  • 4 ulas bawang putih
  • cuka/perahan limau nipis
  • daun ketumbar

Cara – cara memasak:

Nasi:

  1. Kisar halia, bawang putih dan minyak masak.
  2. Tumis bersama marjerin sehingga kekuningan.
  3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan.
  4. Goreng seketika sehingga sebati dengan bahan tumis.
  5. Matikan api dan masukkan ke dalam periuk nasi.
  6. Tanak dengan air sup rebusan ayam dan masukkan dua sudu minyak bijan.
    Nota: Untuk menyedapkan rasa nasi, guna air sup yang sudah diperasakan.

Sup:

  1. Cuci ayam bersih dan sumbat dua daun batang bersama akar ke dalam perut ayam.
  2. Panaskan 4 liter air, masukkan bawang putih dibelah dua, halia dan bawang holland dimayam.
  3. Masukkan garam dan sedikit perasa jika suka.
  4. Apabila sup dah menggelegak, masukkan ayam dan perlahanlan api. Tutup periuk.
  5. Biarkan selama 20 minit sehingga ayam masak.

Ayam:

  1. Toskan ayam dan campurkan sos tiram, lada hitam.
  2. Lumur keseluruhan ayam bersama minyak bijan.
  3. Sapukan dengan maltose, kemudia bolehlah dibakar atau digoreng.

Sambal:

  1. Kisarkan kesemua bahan kecuali daun ketumbar.
  2. Perasakan dengan gula dan garam.
  3. Taburkan daun ketumbar.

5) Resepi Nasi Ayam Simple

Resepi ini dikongsikan oleh Cik Puan Norizam Nurul dan telah mendapat ratusan shares dan likes di Facebook. Ianya sesuai bagi mereka yang baru belajar masak dan memerlukan cara mudah untuk menyediakan nasi ayam kerana resepi ini lebih mudah dan berikut adalah bahan-bahan dan cara untuk menyediakan nasi ayam ini.

nasi ayam simple 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi:

  • 3 cup ½ beras lembut (jenama Fresh)
  • 2 sudu marjerin*
  • 4 cm halia*
  • 1 paket 3 sekawan*
  • 1 batang serai*
  • Bawang merah* (dikisar)
  • Bawang putih* (dikisar)
  • 1 kuib stock pati ayam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil tepung kunyit
  • Sedikit gram

Perapan ayam:

  • Ayam (rebus sehingga masak)
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap abc manis
  • Secukup rasa Cara²

Cara – cara memasak:

Nasi:

  • Tumis bahan bertanda (*) sehingga naik bau.
  • Sementara itu, basuhkan beras dahulu dan masukkan bahan tumisan ke dalam beras.
  • Letakkan air ayam yang telah direbus sebanyak 1 cawan.
  • Gaulkan beras.
  • Masukkan tepung kunyit dan gaul.
  • Masak dan apabila sudah menggelegak, gaulkan nasi supaya masak.

Ayam:

  • Rebus ayam dan masukkan kesemua bahan di atas.
  • Perap sekurang – kurangnya 1 jam dan goreng menggunakan api kecil.

Hidangkan bersama sos thai. Siap!

6) Resepi Nasi Ayam Kukus Hainan Express

Seterusnya satu lagi resepi nasi ayam hainan yang telah dikongsikan oleh Nairulhizam Yunus II dan mendapat banyak likes dan shares di Facebook.  tetapi yang mudah dan cepat untuk disediakan. Resepi ini juga sesuai bagi mereka yang masih baru dalam dunia masakan dan mahu mencuba-cuba resepi nasi ayam hainan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

nasi ayam express
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Stok Ayam:

  • Ayam
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih – lebihkan
  • Halia Tua – lebihkan
  • Lobak Merah
  • Tomato
  • Celery Stick
  • *Garam – optional

Nasi:

  • Beras yang dicuci bersih
  • Stok / broth ayam yang dimasak awal tadi
  • *Garam – optional

Ayam

  • Isi Ayam
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Halia Tua
  • Akar Daun Ketumbar
  • Daun Ketumbar

Garnishing:

  • Hirisan Timun
  • Hirisan Tomato

Cara – cara memasak:

Stok ayam:

  1. Reneh semua bahan dengan ayam dengan air sekadar cukup menutup permukaan ayam.
  2. Tak perlu tambah minyak sebab nanti dalam proses renehkan stok lemak ayam akan terbit.
  3. Reneh sampai ayam betul-betul masak.

Nasi:

  1. Masak nasi sama macam masak nasi biasa. Sukatan stok pun ikut sukatan yang biasa anda guna.

Ayam:

  1. Susun isi ayam dalam loyang pengukus.
  2. Letakkan hirisan bawang, halian dan akar ketumbar.
  3. Akhir sekali letakkan lapisan daun ketumbar di atas.
  4. Proses ini untuk pastikan jus dari bahan-bahan tersebut meliputi ayam dan meresap masuk dalam ayam.
  5. Kukus sampai ayam masak.
  6. Masa hidang curahkan jus yang terhasil dari kukusan ayam tu atas ayam yang dah masak. Ini akan buat rasa ayam tu lagi sedap.

7) Resepi Nasi Ayam Singapura

Resepi ini dikongsikan oleh Amnina Azmi dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Pasti menjadi! Ianya sedikit berbeza berbanding nasi ayam lain kerana antara bahan digunakan ialah gula batu dan sos cili Thai tetapi menarik untuk dicuba.Bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dimana ianya mudah didapati dikedai-kedai berdekatan.

nasi ayam singapore
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi Ayam:

  • 4 pot beras basmathi (rendam dulu supaya air menyerap)
  • 1 batang serai
  • 3-4 helai daun pandan
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5-7 sudu minyak dari lemak ayam
  • 1 sudu makan garam (rata)
  • Air rebusan ayam sebanyak 1 inci suku dari aras beras
    Nota: Jangan letak marjerin atau mentega, kurang sedap bau dan rasanya.

Penyediaan ayam:

  • 1 inci halia dihiris
  • 3 biji bawang putih ditumbuk
  • Ayam
  • 1 sudu makan Sesame Oil
  • Air secukupnya (menutupi atau sama paras ayam)
  • Garam satu sudu kecil

Perapan ayam:

  • 3 sudu makan gula
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat

Sira/Sos Ayam

  • Segenggam kecil gula batu
  • Setengah cawan kicap masin
  • 1-2 sudu makan sesame oil

Cili Nasi Ayam:

  • 5 biji bawang putih
  • 3 cili besar
  • 2 cili padi Thailand merah (pedas sikit)
  • 1 inci halia
  • Jus dari 9 biji limau kasturi
  • Garam dan gula
  • 1 sudu makan minyak lemak ayam
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili

Cara – cara memasak:

Nasi Ayam:

  1.  Rebuskan ayam.
  2. Air rebusan ayam tadi diletakkan sekali dengan bahan – bahan di atas dalam periuk nasi.
  3. Letak, tutup dan tunggu nasi masak.

Penyediaan ayam:

  1. Letak semua bahan bahan dalam periuk, didihkan dan masuk ayam.
  2. Rebus jangan sampai ayam hancur.
  3. Pastikan ayam pejal lagi masa anda angkat tu. Sebab kita nak goreng ayam tu semula.

Perap ayam:

  • Satukan bahan di atas. Perap ayam yang direbus tadi.
  • Lepas perap, gorengkan ayam.
  • Lepas goreng ayam dalam beberapa minit, angkat ayam dan celup balik dalam perapan dan kemudian goreng sekejap je. Tujuan nak bagi warna cantik.

Sira/Sos ayam:

  1. Dalam periuk larutkan bahan bahan di atas.
    Nota: Pastikan dalam ketulan kecil dan sentiasa kacau sampai dia pekat dan gula batu hancur.
  2. Apabila sudah siap, tutup api. Sira ni nanti kita curah atas ayam.

Cili nasi ayam:

  1. Kisarkan bahan – bahan di atas.

8) Resepi Nasi Ayam Penyet Original

Resepi ini telah dikongsikan oleh Laila Aznam di laman Facebook milik beliau dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Nasi ayam penyet adalah nasi ayam yang mulai popular sejak akhir-akhir ini dinegara kita ini. Masakan ini berasal dari Indonesia dan secara asasnya ia mempunyai kandungan seperti nasi ayam yang biasa kita kenali, hanya bezanya ayamnya digoreng dan ia dihidang bersama sambal yang pedas,hirisan tempe dan juga tauhu goreng. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

nasi ayam penyet new
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Rebusan ayam:

  • 1 ekor ayam besar (potong, cuci dan ditoskan dahulu)
  • Daun salam / Bayleaf
  • Serai dititik
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk pati ayam (jika suka)
  • Bawang merah*
  • Sedikit halia*
  • Sedikit kunyit hidup*
  • Sedikit lengkuas*
    Bahan bertanda (*) dikisar terlebih dahulu

Bahan goreng untuk Ayam goreng, tempeh dan tauhu:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil jintan manis tumbuk
  • 1 sudu kecil jintan putih tumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Lada hitam hancur sedikit
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk pati ayam (jika suka)
    (Satukan kesemua bahan)

Sambal penyet:

  • Lada merah & hijau
  • Cili padi merah & hijau (ikut kepedasan masing – masing)
  • Bawang merah kecil
  • Tomato dibelah 4
  • Belacan
  • Garam
  • Gula melaka
  • Sedikit jus limau kasturi

Sup ayam:

  • 3-4 ulas bawang putih
  • Sedikit biji lada sulah
    Kisar halus
  • Garam
  • Kiub ayam
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara – cara memasak:

Rebusan ayam:

  1. Panaskan minyak, masukkan serai, daun salam dan bahan kisar.
  2. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan air sehingga ayam tenggelam.
  4. Biarkan ayam masak.

Ayam goreng, tauhu dan tempeh:

  1. Apabila ayam sudah masak (pada rebusan ayam), angkat dan toskan.
  2. Celupkan ayam dalam bancuhan tepung dan goreng garing.
  3. Kemudian, ambil anak lesung dan lenyekkan ayam.
  4. Untuk tauhu dan tempeh, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing.

Sambal penyet:

  1. Goreng kesemua bahan dengan minyak sehingga layu dan naik bau.
  2. Kemudian, masukkan ke dalam mesin kisar dan tambahkan sedikit air.
  3. Kisar kasar bersama ikan bilis goreng yang telah goreng terlebih dahulu.
  4. Tambahkan lagi minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga garing dan naik minyak.
  5. Perasakan bersama garam dan gula melaka serta jus limau kasturi.
  6. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga terbit minyaknya.

Sup ayam:

  1. Panaskan minyak tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya dan boleh tambahkan isi ayam jika mahu.
  3. Perasakan bersama garam dan kiub ayam dan biar mendidih.
  4. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
  5. Siap!

Hidangkan bersama nasi putih!

9) Resepi Nasi Ayam Kukus Thai

Resepi ini dikongsikan oleh Keroroyz Royz dan telah mendapat ratusan shares di Facebook. Ianya ialah nasi ayam kukus Thai yang menarik dan haruslah dicuba, penggunaannya bahan-bahannya agak detail namun cara penyediaannya adalah tidak banyak berbeza dan bagi anda yang ingin resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

nasi ayam thai
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 5 ketul ayam
  • 3 pot beras basmati dicuci & ditoskan
  • 1 pokok daun ketumbar dipotong pendek
  • 1 inci halia dihiris
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 helai daun bay
  • Air secukupnya utk sup & masak nasi
  • 10 biji cili Siam merah di cincang halus
  • 3 ulas bawang putih diparut
  • 1 hirisan halia diparut
  • 2 sudu makan gula nisan (nisey)
  • 3 sudu makan sos ikan/nampla
  • 1 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan taucu dilecek
  • 1/2 biji jus limau nipis
  • 2 sudu makan daun ketumbar dihiris
  • 1/2 cawan air
  • 2 keping dada ayam dihiris nipis menjadi 4
  • 1/2 cawan tepung Bestari
  • Air secukupnya

Cara – cara memasak:

  1. Rebus ayam bersama halia & daun ketumbar hingga ayam hampir masak, angkat ayam & ketepikan.
  2. Didalam periuk nasi, masukkan beras, bawang putih, marjerin, daun bay, garam & kiub ayam.
  3. Tambahkan halia jika perlu.
  4. Masukkan air rebusan ayam secukupnya.
  5. Susun ayam dibahagian atas beras & masak nasi seperti biasa.
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali daun ketumbar ke dalam periuk.
  2. Didihkan sehingga nampak pekat sedikit.
  3. Imbangkan rasa pedas, masin & sedikit manis.
  4. Matikan api & masukkan daun ketumbar.
  5. Kacau rata & sejukkan.
  1. Bancuhkan tepung Bestari bersama air.
  2. Masukkan dada ayam & perap selama 1 jam.
  3. Goreng sehingga garing.

10) Resepi Nasi Ayam Gepok

Resepi terakhir didalam koleksi kali ini ialah nasi ayam gepok yang juga berasal dari Indonesia ia tidak banyak beza berbanding nasi ayam penyet namun cara menyediakan ayamnya yang sedikit berbeza. Bagaimanapun dari segi rasa sambalnya lebih pedas dan bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • ½ ekor ayam diptong beberapa bahagian
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil jus limau
  • Tepung goreng ayam segera
  • 15-20 biji cili padi merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas cili merah
  • 1 biji tomato
  • Garam dan gula secukup nya
  • 2 sudu besar serbuk kacang badam
  • Bersihkan ayam terlebih dahulu dan perap selama 15 minit di dalam suatu bekas
  • Sementara itu, didalam bekas lain, masukkan tepung goreng ayam.
  • Goreng ayam sehingga garing dibahagian luar dan masak dinbahagian dalam.
  • Toskan.
  • Kemudian goreng semua bahan sambal kecuali serbuk kacang  badam, apabila bahan telah layu, keluarkan semua bahan.
  • Masukkan kedalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat.
  • Namun jika anda tidak rajin anda boleh mengisar sahaja sehingga halus.
  • Akhir sekali keluarkan sambal dari pengisar dan curah dengan minyak panas.
  • Sebelum dihidangkan, ambil ayam yang telah digoreng dan tumbuk dengan lesung batu agar ianya pecah barulah ditambah sambal ayam geprek tadi.
  • Hidang bersama nasi , hirisan timun atau apa sahaja ulam yang anda suka.
  • Siap!
Resepi Nasi Ayam Gepok Pedas Berapi 1

Masakan nasi ayam ini sesuai dihidang sebagai makan tengahari ataupun dihidangkan didalam majlis keraian. Menu sampingan yang dihidangkan bersama nasi ayam ini juga melengkapkan hidangan dengan sumber makanan yang baik seperti nasi, salad,sup dan juga sos cili yang memberi rasa yang pedas dan sedap. Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi-resepi ini dan jangan lupa kongsikan koleksi ini agar dapat memberi  idea kepada mereka yang mencarii-cari resepi untuk hidangan sekeluarga.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.