Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Masakan Cina Halal Dan Mudah Untuk Disediakan

Masakan Cina ialah sejenis menu makanan yang berasal dari mereka yang berbangsa Cina. Khususnya orang Cina yang ada di Malaysia ini dimana susur galur mereka ialah dari datuk nenek dan moyang mereka yang merupakan pendatang yang datang ke tanahair sejak berabad lamanya. Justeru tidak hairanlah kita boleh mendapati pelbagai jenis masakan Cina yang sangat sesuai dengan selera orang Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis bangsa yang majmuk, dimana mereka ini cuba menyesuaikan masakan mereka dengan budaya orang Melayu ketika itu.

Oleh itu dalam perkongsian kali ini kita akan kongsikan 10 resepi masakan cina yang boleh anda cuba kerana ia bukan sahaja sedap malah popular dikalangan masyarakat kita dan juga seperti kebiasaan masakan Cina ia sangat mudah untuk disediakan dan bahan yang digunakan pula minima sahaja, berikut adalah 10 resepi masakan cina yang boleh anda cuba.

1) Resepi Asam Laksa Cina

Resepi ini dikongsikan oleh Ben Safwan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.  Ia adalah laksa yang berbeza berbanding laksa utara yang biasa kita dapati, namun begitu kelainan ini tetap memberi rasa yang enak dan lazat yang boleh anda cuba sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Resepi Asam Laksa Cina Paling Asli Gerenti Sedap Menyelerakan! 2

Bahan – bahan:

  • 3 liter air
  • 1 kilogram ikan sardin/kembung/selayang
  • 1 tin sardin Ayam Brand (425 gram) (kuah tidak diambil)
  • 5 senduk cili kisar
  • 3 sudu makan asam jawa
  • 8 keping asam keping gred elok (jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping)
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 batang bunga kantan
  • 2 tangkai daun pudina
  • Gula melaka/gula merah hancur secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa

Bahan Kisar:

  • 100 gram bawang merah besar India
  • 25 gram belacan
  • 13 tangkai cili padi hijau
  • 1 batang serai saiz sederhana
  • 300 gram nanas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • Ulam Asam Laksa Cina :
  • Daun salad
  • Bawang merah besar India
  • Asam limau kasturi
  • Telur rebus
  • Timun
  • Cili Padi
  • Daun Pudina

Cara – cara memasak:

  1. Rebus ikan. Boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap.
  2. Kisar bahan kisar dan hiris ulam-ulaman.
  3. Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan.
  4. Apabila ikan rebus dah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
  5. Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
  6. Dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa, belahan bunga kantan, daun kesum, daun pudina.
  7. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat.Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.
  8. Tambah gula Melaka hancur ,garam serta serbuk perasa. Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah.
  9. Basuh ikan sardin,goreng biar garing luar lepas tu hancur kasar. Apabila hendak makan, taburkan ke atas laksa.
  10. Bila dah tutup api, terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. Keluarkan semua. Boleh lah hidang dengan laksa beras atau laksa yang dah siap.

2) Resepi Ayam Halia Versi Cina

Seterusnya ialah resepi yang telah dikongsikan oleh HajarnoorAin Abu Bakar dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Masakan ayam halia yang sangat sinonim dengan orang Melayu. Halia adalah antara bahan masakan yang memberi rasa pedas dan memanaskan badan. Ianya juga sesuai untuk wanita yang didalam pantang, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

ayam halia
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Halia dalam 2 inci
  • Bawang besar sebiji
  • Bawang putih selabu
  • Sireh cina *
  • Ayam dlm 1/2 ekor
  • Minyak bijan *
  • Kicap *
  • Sos tiram @ stok ayam*
  • Gula*
  • Kurma merah

Cara – cara memasak:

  1. Letak kesemua bahan di dalam kuali dan tutup.
  2. Yang bertanda (*) agak – agak sahaja.
  3. Masakkan api paling kecil selama lebih sejam.
  4. Lagi lama lagi sedap!

3) Resepi Steam Tofu Berinti

Tofu adalah sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada soya dan orang Cina banyak menggunakan ia didalam masakan mereka dan bagi anda yang ingin mencuba sendiri masakan ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi ‘Steam Tofu’ Berinti (Masakan Cina) 1

Bahan-bahan

  • Tauhu lembut 1 kotak

Bahan inti

  • ½ keping bahagian dada ayam segar.
  • 3 ekor udang besar
  • Bawang putih 1 ulas (dicincang)
  • Sedikit daun bawang (dicincang)
  • Garam , serbuk perasa dan lada sulah. 

Bahan sos

  • Seulas bawang putih dicincang 
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar air
  • Secubit garam

Bahan hiasan 

  • Cili merah dihiris nipis
  • Daun bawang dihiris memanjang
  • Bawang goreng secukup rasa

Kaedah

  • Mula-mula keluarkan tauhu lembut dari kotak. Keluarkan airnya, tekan sedikit agar air keluar sebanyak mungkin. Ketepikan.

Bahan inti

  • Cincangkan ayam dan udang atau gunakan pengisar kering. 
  • Masukkan garam , serbuk perasa dan lada sulah. 
  • Masukkan pula bawang putih dan daun bawang yang telah dicincang. Ketepikan.
  • Sebelum mengukus pastikan pengukus telah dipanas terlebih dahulu. Letakkan tauhu didalam bekas yang sesuai untuk mengukus. Kemudian korek bahagian atas tauhu untuk meletakkan inti diatasnya. 
  • Selepas meletakkan inti, kukus tauhu selama 10 minit.
  • Alihkan tauhu selepas masak.

Untuk bahagian sos.

  • Tumiskan bawang putih yang telah dicincang.
  • Masukkan sos tiram,minyak bijan dan kicap cair. Boleh tambah Garang jika suka. Masukkan air ¼ cawan. 
  • Tunggu semua bahan menggelegak.  
  • Tutup api.
  • Curah segera atas tauhu yang telah dikukus tadi.
  • Sebelum dihidangkan letakkan bahan-bahan hiasan iaitu daun bawang, cili merah dan bawang goreng.
  • Siap.

4) Resepi Kuih Chang Berinti Ayam

Resepi berikut ini dikreditkan kepada Paan Selamat yang berkongsi di laman Facebook dinamakan ketupat cina kerana ia adalah masakan yang menggunakan beras atau nasi dan dibungkus dengan sejenis daun, walaupun agar cerewet pembuatannya namun begitu ia tidaklah terlalu sukar, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan yang boleh anda cuba.

kuih chang
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Isi ayam cincang,
  • Beras pulut,
  • Kacang putih,
  • Cendawan shitake,
  • Buah berangan,
  • Daun buloh kering,
  • Lada hitam (optional),
  • Garam,
  • Gula,
  • Bawang merah,
  • Lada hitam,
  • Kicap pekat,
  • Kicap cair,
  • Bawang putih,
  • Air bunga telang,
  • Udang kering.

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau wangi.
  2. Kemudian masukkan potongan daging ayam, kicap pekat, kicap cair dan lada hitam kacau hingga rata. Bila sudah siap, ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih lalu ditumis sampai naik bau. Kemudian baru digaul dengan udang kering, cendawan shitake dan buah berangan sehingga garing dan ianya harus ditumis secara berasingan. Bila sudah siap tumis ketepikan.
  4. Daun buloh direndam semalaman. Esoknya toskan air rendam daun buloh serta rebus selama 1 jam sampai daun lembut dan mudah dilipat. Bila daun sudah sejuk, toskan air kemudian angkat daun dan lap daun sehingga kering sebelum kita gunakan untuk membalut beras pulut berisi inti ayam
  5. kuih changImej via Facebook
  6. Buah berangan direndam semalaman, cuci serta rebus sampai lembut dan ketepikan dalam satu bekas sebelum ditumiskan dengan bawang putih.
  7. Kacang putih juga perlu dicuci dengan bersih serta direndam semalaman dan keesokannya ditoskan air rendaman itu lalu digaulkan bersama beras pulut semasa menumis beras pulut di dalam kuali.
  8. Rendam cendawan shitake sehingga kembang dan belah dua atau jika besar boleh belah empat. Cendawan sebelum kita rendam harus dicuci dengan bersih.
  9. Udang kering dicuci bersih macam biasa lalu direndam semalaman.
  10. Beras pulut dicuci bersih dan direndam semalaman. Bahagikan beras pulut kepada dua bahagian iaitu satu mangkuk saiz sederhana besar untuk beras pulut yang kita rendam dalam air bunga telang, manakala satu lagi besen kita rendam beras pulut dalam air yang biasa.
  11. Kemudian tumbuk bawang putih, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan beras pulut rendaman air biasa dan gaul rata diikuti memasukkan kicap pekat, kicap cair, lada hitam, gula dan garam sedikit. Ia perlu dimasak/tumis hingga semua bahan-bahan meresapi pada beras pulut tersebut. Jangan lupa masukkan kacang putih dalam beras pulut masa tumis beras tersebut. Bila sudah siap ketepikan dulu.
  12. Bila beras pulut sudah siap, ambil daun buluh, lipat bentuk kon segitiga, isi lapisan pulut biru (beras pulut rendaman telang), isi pula beras pulut tumis, kendian letak inti ayam dan bahan lain. Kemudian dilipat dan diikat dengan tali jerami sebelum kita rebus selama dua jam.kuih chang

5) Resepi Ayam Kicap Mushroom

Masakan ayam kicap ini ada banyak versi yang boleh anda cuba, namun begitu resepi ini agak menarik kerana ianya dikongsi oleh selebriti Adam Corrie. Rasanya amat sedap dan anda haruslah menucba sendiri maasakan ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan perap

  • ½ ekor ayam yang dipotong-potong kecil
  • 1tbs sos tiram
  • 1tbs kicap pekat (manis)
  • 1tbs kicap cair

Bahan tumis

  • Halia
  • Cili kering 
  • Cili api

Bahan lain

  • Cendawan shitake segar  atau cendawan kering yang perlu direndam dahulu.
  • 1 labu bawang putih
  • Sedikit air tepung jagung
  • Air (jika ingin banyak kuah)
  • Garam seckup rasa.

Kaedah

  • Perapkan ayam sekurang-kurangnya 4 jam
  • Tumis bahan tumis dan kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi.
  • Masukkan air dan biarkan merenih sebentar, kemudian masukkan garam jika kurang masin.
  • Akhir sekali masukkan bawang putih seketul dan biarkan kuah pekat.
  • Jangan lupa masukkan sedikit air tepung jagung.
  • Siap!

6) Resepi Sizzling Yee Mee

Resepi seterusnya merupakan sejenis masakan cina yang sangat popular terdapat di food court, kebiasaannya ia dimasak diatas hot plate, namun anda juga boleh mencubanya tanpa hot plate. Berikut adalah cara-cara dan bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1-2 buku Yee Mee 

Bahan kisar

  • ½  biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan kuah kicap

  • 3 tbsp besar sos tiram
  • 2 tbsp kicap manis
  • 2 tbsp kicap cair
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 2 tsp tepung jagung + ½ cawan air

Bahan rencah

  • 2 ketul isi ayam bahagian bertulang (potong kecil)
  • 5 biji cendawan shitake (hiris)
  • 1 pokok sawi manis 
  • 3 ulas cili kering ( potong pendek)

Kaedah

  • Celur yee mee hingga lembut, ketepikan.
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan rencah mula dengan cili kering.
  • Selepas itu masukkan cendawan shitake.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil.
  • Apabila ayam telah masak masukkan baha-bahan kuah kicap kecuali air tepung jagung.
  • Bila kuah telah menggelegak, masukkan sayur sawi.
  • Apabila sayur sawi telah masak, masukkan air tepung jagung.
  • Tambah garam jika kurang masin, tidak perlu msg kerana kuah telah menggunakan kiub pati ayam.
  • Untuk menyediakan yee mee sizzling tanpa hot plate, masukkan yee mee kedalam kuah sejurus sebelum dihidangkan agar mee tidak kembang.
  • Kemudian pecahkan telur dan tutup api sebelum kuah menjadi terlalu kering.
  • Hidangkan bersama cili api yang dipotong bersama kicap cair.
  • Siap!

7) Resepi Nasi Ayam Hainan

Resepi berikut adalah resepi nasi hainan yang menggunakan ayam kukus sebagai bahan utamanya. Ia mempunyai rasa yang sedap kerana ayamnya lebih juicy dan sangat terkenal dihidangan di restoran Chicken Rice Shop, berikut adalah bhan-bahan yang digunakan.

Resepi Nasi Ayam Hainan (Macam Di CRS) 1

Bahan-bahan

  • Beras 2 cawan (bersih dan toskan)
  • Lemak-lemak ayam 2 sudu besar
  • Bawang merah 2 ulas (dihiris)
  • Bawang putih 2 ulas (dihiris)
  • Daun pandan 2 helai (disimpulkan)
  • Halia ½ inci
  • Kicap cair 1 sudu besar
  • Minyak bijan 1 sudu besar
  • Air rebusan ayam 3 ½ cawan

Kaedah

  • Dalam periuk nasi yang telah dipanaskan masukkan sesudu minhak masak dan tumis lemak-lemak ayam. Tunggu sebentar hingga lemak ayam sedikit garing. Alihkan.
  • Tumiskan pula bawang merah, halia dan bawang putih yang telah dihiris, kacau agar semua bahan digoreng rata. 
  • Tambahkan daun pandan yang telah disimpulkan. Tambah garam secukup rasa.
  • Kacau rata.
  • Masukkan beras yang telah dibasuh tadi. Gaul rata.
  • Sekarang masukkan air rebusan ayam sebanyak 3 ½ cawan.
  • Kacau agar ia sebati.
  • Tekan on dan tunggu hingga nasi seperti biasa.
  • Apabila telah masak, kacau nasi dengan garfu agar ia tidak melekat-lekat.
  • Siap.

8) Resepi Mee Kicap 

Seteerusnya satu lagi resepi masakan cina yang popular dan sedap. Ianya amat mudah disediakan dan bahan-bahan yang diperlukan juga amat mudah untuk didapati. Contohnya mee wantan dan juga kicap cair serta minyak bijan yang memberi identiti tersendiri [ada masakan ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Mee wantan (celup dengan air panas  dan ais secara selang seli)
  • Ulang 2-3 kali, ketepikan

Sos Kicap:

  • 2sb kicap pekat
  • 1sb sos tiram
  • 1sb kicap cair
  • 1-2sb kicap lemak manis
  • 1-sb Minyak bawang putih (pilihan)

Kaedah

  • Masukkan semua bahan sos kicap didalam bekas.
  • Masukkan mee wantan yang telah dicelur tadi.
  • Gaul berulang kali hingga menjadi sebati.
  • Hidangkan bersama dimsum homemade dan sup ringkas.
  • Jangan lupa cili api potong yang digaul dengan sedikit kicap cair.
  • Siap!

9) Resepi Baby Kailan Sos Tiram

Resepi berikut ini adalah baby kailan bersama sos tiram, ianya amat menarik kerana peneydiaannay amat ringkas dan rasanya juga sedap. Bukan sahaja ringkas tetapi masa penyediaannya juga pendek, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Resepi Baby Kailan Masak Sos Tiram Confirm Jatuh Cinta 1

Bahan-bahan

  • 1 genggam kailan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tbsp sos tiram
  • 1tsp kicap cair
  • 1 tbs tepung jagung dibancuh bersama 3 sdb air
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1 cawan air
  • 2 tbs minyak masak

Kaedah

  • Masak air dalam periuk dan titiskan sedikit minyak masak
  • Apabila air telah mengelegak, masukkan sayur kailan.
  • Celur sehingga sayur empuk kemusain tutup air.
  • Segera rendam sayur kedalam sebekas air sejuk bersama ais didalamnya.
  • Ketepikan.
  • Dalam kuali, tumiskan bawang putih dan masukkan sos tiram.
  • Tambah sedikit kicap dan minyak bijan serta sedikit air.
  • Tambah bancuhan air jagung dan biarkan kuah pekat.
  • Tutup api dan tuang keatas baby kailan yang telah dicelurkan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

10) Resepi Honey Lemon Chicken Wing

Resepi terakhir yang terdapat didalam koleksi ini merupakan salah satu finger food yang menarik yang boleh anda cuba. Masakan seperti ini banyak dihidang restoran yang menghidangkan masakan cina. Berikut adalah bahan-bhan yang diperlukan.

Resepi Honey Lemon Chicken Wing Stail Chinese Food 1

Bahan utama 

  • 12 ketul kepak ayam
  • *gaul dengan garam dan serbuk perasa

Bahan kering

  • 4 tbsp tepung beras
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 1 tsp garam 
  • 1 tbsp serbuk cili/paprika
  • 1 tsp baking powder
  • ½  tsp ajinomoto 

Bahan Sos

  • 1 sudu minyak
  • 1 cawan stok ayam
  • 1/4 cawan jus lemon
  • 2 sudu gula
  • 2 keping lemon
  • Bancuhan tepung (tepung jagung + air)

Kaedah 

  • Bersihkan kepak ayam.
  • Gaul dengan garam dan serbuk lada Sulah.
  • Kemudian tambah dengan 2 sudu bahan kering yabg telah dicampur.
  • Perap sebentar 
  • Sediakan minyak penuh dan panaskan
  • Sebelum goreng ayam, gaul dengan baki bahan kering dulu.
  • Toskan selepas goreng.

Sediakan sos

  • Tambahkan sedikit minyak dalam kuali
  • Tumiskan bawang putih dan juga hirisan lemon.
  • Kemudian masukkan ayam dan stok ayam
  • Masukkan sedikit jus lemon dan juga madu
  • Biarkan semua bahan pekat dan sebati baru tutup api
  • Siap!

Seperti yang kita lihat masakan cina menggunakan bahan yang ringkas dan cara penyediaannya pula cepat. Ini kerana untuk memelihara kesegaran bahan masakan yang digunakan seperti ayam, udang atau pun sayur. Namun yang lebih penting, resepi-resepi yang terdapat disini telah dicuba dan ia menggunakan bahan-bahan halal dan mudah untuk didapati. Jadi jangan lupa untuk mencuba sendiri resepi-resepi ini dan kongsikan bersama rakan-rakan agar menjadi manafaat kepada orang lain juga, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.